DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Share this article

Rabu: 16 Mac 2022

n

BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.geox sito ufficiale saldi benetton saldi scarpe tata saldi best human hair wigs for black females benetton uomo saldi geox spherica uomo saldi relaxdays online shop outlet geox spaccio cains moore gep?cknetz auto himmel geox abbigliamento donna saldi luvme human hair wigs negozi tata scarpe geox abbigliamento donna saldi tata italia negozi 40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota Scotland yang turut dikenali sebagai Dunedin. Perjalanan dari Glasgow ke Edinburgh kira-kira satu jam.

Mulanya aku nak naik kereta api aje, tapi harga tiket sampai dekat £20 seorang, jadi pilhan kedua, naik bas. £20 tu harga untuk dua orang pergi balik. Korang kalau nak cari tiket bas dari Glasgow ke Edinburgh, boleh cuba Omio. Bas akan berhenti di Edinburgh Bus Station.

nn

Masa kami tiba di Edinburgh, hujan baru turun. Jadi untuk berlindung dan habiskan masa tunggu hujan teduh sikit, kami berjalan-jalan di St James Quarter Shopping Centre. Macam kebanyakan shopping centre yang modern di sini, ada kedai-kedai biasa macam Boots, The Body Shop, H&M, Hotel Chocolat, Kiehl’s, Mango dan Next.

nn

Bila hujan dah reda, barulah kami jalan ke Edinburgh Castle. Berhenti di Princes Street dulu ambil gambar. Alhamdulillah ada seorang lelaki mat salleh ni tolong ambilkan gambar kami. Baik hati orang Scotland ni. Tak rasa takut nak serahkan telefon bimbit, tak macam kalau di London hahaha.

Hari ni cuma nak jalan-jalan di Edinburgh Castle dan Royal Mile. Hari Rabu dalam hujan renyai ni pun pelancong ramai sungguh di Edinburgh Castle ni. Aku tak masuk lah ke Edinburgh Castle ni, tiket masuk dia sungguhlah mahal. Lagipun dulu masa student dah pernah masuk jadi rasanya semuanya samalah kan.

n

n

n

n

Kami cuma bergambar aje dari atas bukit ni. Tanya ATok nak masuk tak Camera Obscura, boleh tengok pemandangan 360 Edinburgh juga dari sini tapi kena bayarlah. Atok kata dia tak selesa sebab memang orang ramai sungguh hari ni.

nn

Jadi kami memang berlegar-legar saja di esplanade kemudian turun ke Royal Mile. Jangan berangan dah nak beli fridge magnet di sini, harga semua hampir £5 sekeping walaupun design memang cantik hahaha. Aku pujuk Atok nanti kita balik Glasgow kita cari kat £1 shop kalau ada.

Royal Mile ni jalan batu buntar yang menghubungkan tempat-tempat bersejarah dekat Edinburgh Castle dan Holyrood Palace. Panjang jalan ni memang benar-benar 1 batu. Sebab itu namanya 1 Batu Diraja atau Royal Mile. Sekarang jalan ni paling sibuk dengan pelancong sama seperti Princes Street di bandar baru.

Dah berlegar di Royal Mile dengar orang main begpipe, kami mulakan misi mencari masjid Edinburgh pula. Tiba-tiba terbayang-bayang pula biryani kat Mosque Kitchen tu.. Alahai sedapnya!!

Masjid Jamek Edinburgh

n

50 Potterrow, Newington, Edinburgh EH8 9BT, United Kingdom.

Letaknya tak berapa jauh dari University of Edinburgh. Sekitar Masjid ni memang banyak kedai halal dan satu lagi tempat nak cari nasi biryani yang sedap ada di Kebab Mahal. Bukan saja nasi biryani dia sedap, mango lassi dia pun perkh! pekat melekat. Sedap sungguh!

nn

The Mosque Kitchen and Cafe ni bukan saja terkenal di kalangan jemaah masjid dan orang Islam di Edinburgh, tapi juga orang tempatan asal, mat salleh kat sini pun suka makan di sini. kalau dulu harga sepinggan nasi biryani £5, sekarang dah naik £6.50. Tapi hidangan besar. Satu pinggan boleh makan dua orang dan kenyang.

Oh, masa solat di sini, aku jumpa satu kakak ni yang temankan anak dia belajar di Edinburgh University. Untuk korang yang tak tahu, Endinburgh University ni antara 30 universiti yang terbaik di dunia ranking ke 4 di Scotland. Tak macam universiti aku hahaha.

nn

Kakak ni cerita, masa pendemik anak dia kena depression teruk sebab tak boleh nak belajar online. Course yang dia ambil perlukan dia ke lab hari-hari tapi sebab MCO dia tak boleh masuk lab dan tak boleh belajar. Tu yang kakak ni sanggup datang Edinburgh, semata-mata nak temankan anak lelaki dia. Takut depressi lagi.

nn

Itulah pengorbanan seorang ibu. Aku doakan kakak ni diberi kesihatan yang baik dapat temankan anak dia dan semoga anak dia kuat. Ni mesti jenis study yang gila-gila sampai dah tak boleh nak cari outlet untuk kurangkan tekanan perasaan dia.

Lepas aje solat jamak kami pun terus ke Mosque Kitchen. Berbaris orang nak beli makanan padahal dah pukul 2pm ni. Kami tak beli chicken biryani tapi order lamb bhuna sepinggan. Harga £6. Nak beli dua pinggan takut tak habis, jadi beli satu aje. Ya Allah! Licin kami kerjakan. Punyalah lapar, sampai tak sempat nak ambil gambar pinggan tengah penuh hahaha.

n

nAtok tanya nak tapau beli satu lagi ke bawak balik ke hotel? Aku kata tak apalah, jangan tamak sangat. Ni pun nak jalan balik ke stesen bas rasa dah macam nak mengah.

nn

Kami memang jalan kaki aje ke stesen bas. Dalam 30 minit jugalah berjalan kaki sebab sambil jalan, sambil ambil gambar. Tak sedar diri bas kami ke Glasgow bertolak dari Edinburgh jam 3.30 petang ni.

nn

Sampai di Glasgow, kami jalan turun ke Argyle Street sebab aku nak masuk TKMAXX lagi hahahaha. Berangan tu kan percuma. Di Argyle kami singgah oula kedai OneBelow. Sama konsep macam kedai £1 atau Poundland ni. Tu dia.. aku memborong biskut dengan coklat kat sini.

nn

Shopping? Tak boleh lagi. Duit refund EasyHotel Liverpool belum masuk lagi. Masa untuk hantar email lagi pada dorang.

n

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…

JALAN-JALAN KOTA LONDON

Khamis: 10 Mac 2022 MEMANG SENGAJA TAK lama di Kota London (KL). Bagi aku tak ada apa sangat di sini walaupun banyak tempat-tempat…