DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Share this article

HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Mancwww marella orders com benetton saldi benetton sito ufficiale geox saldi 2023 tata negozio outlet geox spaccio online cains moore tata negozio black friday wig sale geox saldi calzature tata negozi geox vicino a me benetton saldi donna negozi geox piu vicino a me benetton saldi donnahester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum pulang ke Malaysia. Kami akan terbang dari Manchester Airport ke Kuala Lumpur.

Kali ni bas kami akan direct dari Glasgow ke Manchester. Perjalanan dijangka 5 jam 15 minit. Dari Buchanan Bus Station jam 9.40am dan tiba di Manchester Coach Station, Chorlton Street jam 2.55pm.

Jadi, jam 8.30am, aku dan Atok dah keluar dari bilik, drop key kat front desk dan tarik beg ke Buchanan Bus Station. Cuaca cantiklah pulak hari ni. Memang cuaca di Scotland ni tak boleh diramal. Semalam di Uddingston, cuaca agak berangin. Di Edinburgh pula kelmarin, hujan sepanjang hari. Tiba hari ni Glasgow cerahlah pula.

Sedih juga nak tinggalkan Glasgow sebab memang ada soft spot dengan bandar ni. Bahawasanya Allah itu maha baik. 16 tahun lepas ke sini dan Allah temukan dengan orang yang baik-baik. Allah jaga dengan sempurna. Dalam tak ada duit, ada aje rezeki lain yang Allah beri. Aku selalu cakap di sinilah aku belajar pergantungan total pada Allah. Setiap yang Dia beri dan tidak beri itu adalah rezeki.

Macam biasa, kami ambil bas National Express. Basnya selesa dan memang ada allocation untuk beg kalau beli tiket bas ni. Bermakna pastikan saiz beg korang. Kalau beg besar, allocation untuk beg tu cuma satu. Tapi kalau saiz beg korang macam kami, itu kira saiz medium. Untuk saiz medium, setiap penumpang dapat allocation untuk dua beg. Kalau terlebih saiz atau kuantiti, korang kena bayar ekstra.

Selepas melepasi sempadan Scotland, bas berhenti di Carlisle untuk ambil penumpang, seterusnya 30 minit selepas itu tiba di Penrith pula. Dua-dua bandar ini memang cantik. Betul-betul English town.

Bas berhenti selama 30 minit di Tebay Services, Orton, Cumbria. Tempat ni memang cantik. Tebay Services ni perniagaan milik keluarga. Ada kedai jual sayur dan daging tempatan. Ada juga barangan tempatan yang lain. Ada kedai jual makanan home cooked dan jus segar. Memang bas-bas akan berhenti kat sini untuk berehat. Kalau nak beli kopi ke bolehlah beli kat sini. Atau nak guna toilet FOC.

Banyak bangku dan meja kat luar. Mat Salleh ni kan pantang kalau cuaca baik, semua akan berbondong-bondong duduk kat luar. Kami pun ikut sekali. Walaupun tak ada beli apa-apa kat kedai tu. Cukup bawa bekal beli jus dengan roti kat Glasgow tadi pagi. Cuaca memang sangat-sangat baik. Matahari memancar-mancar tapi angin tetap dingin.

Cukup setengah jam, kami pun naik bas kembali untuk sambung perjalanan ke Manchester. Cumbria memang cantik dan dari highway M6 ni nampaklah pemandangan ladang-ladang dengan bukit-bukau sebagai latar belakang. Dalam 1 jam 30 minit macam tu, kami tiba di stesen bas kat Chorlton Street, Manchester.

Untuk tiga hari ni kami akan tinggal di Stay Inn, Manchester. Kali ni kami naik teksi ke hotel sebab agak jauh. Tambang teksi pun dalam £6 lebih. Lebih baik naik teksi daripada heret beg. Dah tak larat dah. Memang bila sebut aje destinasi terakhir ni, automatik badan jadi lesu. Psychology juga ni.

Penginapan hari minggu memang mahal. Untuk 3 hari 2 malam di sini, kami bayar hampir RM1K atau £166.80.

Stay Inn Manchester 
Address: 55 Blackfriars Rd, Salford, Manchester, M3 7DB, United Kingdom

Stay Inn Manchester ni hotel lama. Bangunan 2 tingkat sahaja dan TIDAK ADA LIF. Kalau dapat ground floor tak mengapa, tapi kalau dapat tingkat 1, maka korang terpaksa angkut beg masing-masing ke atas.

Walaupun macam tu, biliknya boleh tahan, taklah sempit sangat dan yang paling best, kat depan tu, tak jauh dari Inn, ada satu kedai kebab halal dan sedap. Harga pun bolehlah lagi dalam £6 – £8 untuk burger set.

Sampai aje di hotel, kami solat jamak dulu. Bila agak perut dah lapar, kami pun berjalanlah menapak ke Cheetam Hill Road. Kat situ memang kawasan Pakistan, jadi mesti banyak kedai jual makanan halal. Tu dia… menapak dekat 40 minit semata-mata nak makan. Kami pilih kedai Apna Lahore Kebabish. Dapat makan biryani harga £7 sepinggan. Macam biasa, kami kongsi aje sebab portion dia besar.

Lepas makan, jalan kaki balik ke hotel. Walaupun agak jauh, tapi nyaman berjalan waktu ni sebab cuaca agak dingin. Jadi malam ni cukup dah exercise. Bolehlah tidur dengan lena malam ni. Esok kita explore Manchester city centre pulak.

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…

JALAN-JALAN KOTA LONDON

Khamis: 10 Mac 2022 MEMANG SENGAJA TAK lama di Kota London (KL). Bagi aku tak ada apa sangat di sini walaupun banyak tempat-tempat…