DAY TRIP BANGKOK-PATTAYA HUJUNG MINGGU

Share this article

BERITA BAIK UNTUK pengembara romantik yang suka mengembara dengan menaiki kereta api.

Kereta Api Thailand (SRT) melancarkan kereta api dari Bangkok ke Pattaya dan Sattahip di Chon Buri khusus untuk pelancong yang ingin mengembara secara santai dengan menaiki pengangkutan rel itu. 

Perkhidmatan yang dilancarkan pada 17 Mac lalu hanya beroperasi pada hujung minggu, bertujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan di Koridor Ekonomi Timur. Perkhidmatan akan tamat pada 30 September.

Menurut SRT, perkhidmatan ini menggunakan kereta api jenis Sprinter menggunakan laluan Bangkok ke Pattaya dan laluan Platulualang untuk ke Chon Buri.

Perkhidmatan kereta api istimewa ini akan berhenti di destinasi pelancongan seperti Pulau Si Chang, Zoo Terbuka Khao Kheow, Zoo Harimau Sri Racha, Taman Jepun, Sri Racha dan Koh Loi.

Kereta api no 977 ini akan berlepas dari stesen Bangkok pada jam 6.45 pagi dan tiba di Pattaya pada 9.13 pagi. Kereta api akan tiba di stesen Plutaluang pada jam 9.59 pagi.

Laluan dari Bangkok ini akan berhenti di Makkasan, Klongtan, Hua Mark, Lat Krabang, Hua Takhe, Simpang Chachoengsao, Chon Buri, Sri Racha, Pattaya (pasar terapung), Yan Sangvararam, Taman Nong Nooch Pattaya dan Plutaluang.

Di stesen Pattaya, pelancong yang ingin ke Pulau Koh Larn, pasar trapung dan Taman Nong Nooch boleh mengambil perkhidmatan trak pikap dan tuk tuk yang tersedia di stesen. 

Laluan ke Bangkok, kereta api no 998 pula akan meninggalkan stesen Plutaluang pada jam 3.50 petang dan tiba di stesen Bangkok pada jam 6.55 petang. 

Pelancong perlu membuat tempahan tempat duduk untuk kereta api Sprinter dari Bangkok ke Stesen Plutaluang 60 hari sebelum tarikh berangkat. Sementara itu tempahan dari Bangkok ke Simpang Chachoengsao boleh dibuat dua hari sebelum tarikh berangkat.

Tambang dari Bangkok ke Plutaluang adalah 170 baht (RM21) seorang.

Sumber: Bangkok Post

#bangkok, #chonburi, #floatingmarket, #HuaMark, #HuaTakhe, #keretaapi, #keretapi, #Klongtan, #KohLarn, #kohloi, #LatKrabang, #Makkasan, #pasarterapung, #pasarterapungpattaya, #pattaya, #pattayafloatingmarket, #Plutaluang, #pulauKohLarn, #PulauSiChang, #SimpangChachoengsao, #SriRacha, #TamanJepun, #TamanNongNoochPattaya, #YanSangvararam, #ZooHarimauSriRacha, #ZooTerbukaKhaoKheow

You might also enjoy

币安2024 Aug[微信:halchiou]BTC代付币代付系统

【唯客WEEX-App下载】70%+邀请码ebdl【热币-App下载】70%+优惠注册【BKEX-App下载】70%+优惠注册【BKEX-App下载】70%+优惠注册【芝商所推出3种元宇宙参考汇率】,今年1月,李嘉诚之子李泽楷旗下公司电讯盈科在TheSandbox中推出元宇宙空间PCCW-HKTFuturera,吸引游戏玩家的同时也招Web3人才。,《光之乐团》游戏制作商向《元

微信支付=10年店[V:halchiou]visa代付XRP Acceptors

【OKEX-App下载】40%+优惠注册【币安-App下载】30%+邀请码GZJGYPRX【欧易-App下载】40%+邀请码38994898【Hotcoin-App下载】70%+优惠注册FTX创始人SBF也在社交媒体上称:“事情已经圆满结束,FTX的第一个投资者,同时也是最后一个(均为Binance)。我们已经与币安达成了战略交易协议(正等待进行尽