CHIROPRACTIC ALTERNATIF BETULKAN TULANG BERMANFAAT

Share this article

SEJAK ARWAH ABAH pernah jalani perubatan chiropractic di Melaka dulu, aku memang percaya sangat perubatan cara betulkan tulang ni sangat-sangat membantu untuk orang yang mengalami sakit belakang.

Sejak hampir setahun, lepas memandu KL-Baling-Pulau Pinang-Gerik-Besut-KL dalam masa tiga hari, aku mengalami sakit tulang. Sebelah badan, bahagian kanan rasa stres, tegang dan lutut kanan tak boleh buat lipat.

Dari sehari ke sehari nak dapatkan rawatan chiropractic dengan physiotherapy asyik tertangguh aje. Sampailah baru-baru ni kakak aku ada share fb Master Aleyh Yusof, pakar betulkan tulang.

Aku tak tau yang Master Aleyh Yusof ada klinik di Shah Alam, tapi dorang ada buat road tour. Bila nampak baru-baru ni dorang buat road tour kat Casuarina Hotel Meru, Perak dan aku pun dah tak bekerja, terus aku ajak kakak aku ke sana.

Petang hari sebelum tu aku terus isi borang untuk rawatan, keluarkan duit di ATM, isi minyak dan malam tu ambil kakak aku sebab esoknya jam 7 pagi, kami dah mulakan perjalanan.

Sebab bawa santai aje, berhenti dulu di RnR Tapah untuk isi perut sebab tak tahu pukul berapa rawatan selesai. Tiba di Meru sudah jam 10 pagi dan beratur pula untuk ambil tekanan darah.

Tekanan darah penting untuk pastikan pesakit sesuai untuk menerima rawatan. Sebab malamnya aku tak boleh tidur, tekanan darah agak tinggi juga.

Hampir 170 bahagian atas. Cut off point adalah 170. Kalau lebih memang tak dibenarkan. Aku beritahu adik yang ambil bacaan, tekanan darah aku tinggi sebab aku tak tidur malam tadi.

Hampir dua jam menunggu, barulah giliran aku tiba untuk terima rawatan. Sebelum Master Aleyh buat rawatan tulang, aku kena buat arawatan physiotherapy dulu. Otot bahu aku memang keras. Sebab stres dan juga sebab banyak sangat memandu jarak jauh. Itu sebab bahagian kanan aku ototnya keras-keras walaupun aku ni kidal.

Sakit betul bila kena urut dengan adik physiotherapist nama Hayati. Bukan takat sakit aje, dahlah aku ni penggeli hahahaha.. Bukan senang orang nak urut aku. Selama ni kakak aku aje yang boleh urut badan aku.

Bila otot dah mula kendur, giliran Master Aleyh pula buat kerja dia. Mula-mula dia buat bahagian bahu untuk betulkan kedudukan tulang lengan dan bahu. Kemudian barulah dia buat bahagian badan yang lain.

Method dia sama saja. Lepas bahagian bahu dibetulkan, aku diminta baring terlentang untuk betulkan pula bahagian leher. Yang ni memang bunyi macam orang makan keropok. Kraappppp.

Seperti biasa, lepas tu tulang belakang pula perlu dibetulkan. Masih lagi dalam posisi terlentang tapi kali ni Master Aleyh bolot bahagian leher dengan tuala untuk dia tarik kepala dan pembantu dia pegang bahagian kaki.

Teknik ini akan betulkan keseluruhan tulang belakang kau dan kembali betulkan juga posisi pinggul. Lepas tarik tu memang mata kau akau berpinar dan kalau kau tengok cerita kartun yang nampak bulan bintang bagai tu, haa macam tu la rasanya. Masa aku pejam mata tu aku macam nampak snowflakes lagi. Amboi! hyperbole betul perasaan aku ni.

Ada rasa macam keseluruhan badan ada efek aftershock, macam lepas kena earthquake macam tu. Tu sebab bila tulang belakang sudah dibetulkan, kau diminta rehat sebentar sebelum teruskan rawatan untuk bahagian belakang, dan kaki.

https://www.youtube.com/watch?v=WxYZd7q5ADc

Memandangkan aku ada masalah kaki yang tak boleh dilipat, Master Aleyh beri perhatian di bahagian kaki juga. Tapi, sebenarnya ia lebih kepada otot yang tegang sebab selepas rawatan, Master Aleyh beritahu, aku tak ada masalah tulang yang keluar dari pasak. Semua dah ok.

Tibalah masa untuk physio lagi. Ya Allah, sakitnya bila Hayati tekan otot bahagian dalam kaki kanan. Proses ni aku kena buat selalu kalau tidak otot akan terus tegang dan aku langsung tak boleh lipat kaki. Ok, aku janji akan buat selalu tapi selalunya aku mesti akan ngelat. Aku kan tak tahan sakit.

Anyway, lepas rawatan, ingatnya nak melawat mak kat Meru, tapi mak pula ada plan nak keluar dengan anak-anak. Tak apalah, tak ada rezeki nak berziarah.

Jadi, kami pun tak lah pergi mana-mana sangat sebab takut jem bila nak balik KL. Makanya dalam jam 3 petang, kami dah keluar dari Ipoh. Memang lebuh raya dah mula sesak. Berhenti cuma untuk solat jamak takhir, isi minyak dan solat lagi jamak takdim Maghrib dan Isyak.

Sebelum sampai rumah, berhenti dulu untuk makan malam. Memandangkan aku rasa badan aku panas, aku mulah mencari sayur. Jadi pilihan makan malam cumalah Caesar Salad dengan jus epal.

Sampai rumah, seperti yang sudah dijangka… aku tidur dengan lena sekali.

Memang aku akan cadangkan siapa yang mengalami sakit belakang, carilah khidmat pembetul tulang macam Master Aleyh ni. Banyak penyakit dapat dikurangkan kalau tulang kita dalam posisi yang betul.

Kalau sebelum ni, kedua-dua kaki aku cepat sejuk, lepas rawatan, rasa pengaliran darah sudah lebih sempurna dan dah tak lagi rasa sejuk. Kos rawatan satu tubuh badan dengan Master Aleyh ni harganya RM249 dan ada diskaun kalau buat rawatan berdua.

Klinik utama Master Aleyh ni di Kelantan tetapi setiap hari Jumaat dan Sabtu dia ada di klinik dia di Shah Alam. Buat masa ni, setiap hari Sabtu beliau ada di road tour. Nak tahu jadual road tour beliau, sila rujuk di fb Master Aleyh.

Alamat:

Airist Physiotheraphy & Wellness

QG 29, Jalan Plumbum U7/U

Pusat Komersial Seksyen 7

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

016-7669911 013-7949911

#chiropractor #tulangbelakang #betulkantulang #chiropractic #masteraleyhyusof #chinesetreatment #tulangbelakang #sakittulangbelakang #sakittulang #tulang #sakitbahu #sakitkaki

You might also enjoy