CARI BUAYA DI SUNGAI LINGGI

Share this article

KALAU DI KAMPUNG KUANTAN, terkenal dengan kelip-kelipnya, Sungai Linggi yang terletak di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan, juga ada koloni kelip-kelip yang bercahaya di hutan paya bakau sepanjang sungai itu.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Pohon berembang yang hidup subur berselang seli dengan pohon paya bakau serta nipah merupakan habitat utama kelip-kelip jenis Ptropteryx tener dan Photinus carolinus, iaitu koloni kelip-kelip yang boleh mengeluarkan cahaya yang sama pada satu-satu masa (synchronised flashing).

Bukan itu sahaja, sungai sepanjang 22km ini juga sangat kaya dengan hidupan air di mana terdapat spesis yang jarang dapat dilihat sekarang seperti beberapa spesis monyet, ular dan tuntung sungai.

Menurut kajian yang dilakukan oleh World Wildlife Federation pada 2004, Sungai Linggi merupakan satu daripada dua tempat pembiakan tuntung Painted River Terrapin. Satu lagi tempat pembiakan adalah di Setiu Wetlands di Terengganu.

Pertembungan air masin dan air tawar, memang menjadikan sungai ini sesuai untuk habitat pelbagai jenis spesis air. Bukan itu sahaja, malah dikatakan di sungai ini, terdapat kira-kira 4,000 ekor buaya.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Menurut cerita orang dulu-dulu, di Sungai Linggi ini terdapat seekor buaya putih. Buaya putih ini merupakan kembar lelaki anak yang dilahirkan oleh seorang wanita di situ. Anak yang pertama dilahirkan adalah buaya tetapi adiknya manusia biasa.

Yang buaya telah dilepaskan ke sungai manakala adiknya itu dipelihara seperti orang biasa. Pada hari-hari tertentu jika ibu atau adik mahu berjumpa dengan ‘kembarnya’, mereka akan ke beting pasir dan membaca ayat tertentu dan menyeru nama abangnya. Sejak itu sungai itu mula dikunjungi oleh kawanan buaya dan membiak sehingga kini.

Cerita kedua pula mengatakan bahawa buaya putih yang ada di Sungai Linggi ini adalah pendamping makan Tok Putih. Orang lama di sini mengatakan ia mempunyai gembala atau ketuanya sendiri.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Malah ada yang mendakwa pernah melihat buaya putih meranduk air di Sungai Linggi. Namun, benar atau tidak, tidak dapat disahkan.

Apa yang pasti, buaya di Sungai Linggi ini menjadi tarikan utama pelancong yang menaiki bot menyusur Sungai Linggi. Sekiranya bernasib baik, anda akan dapat melihat buaya berjemur di atas beting tanah terutama di waktu tengah hari atau petang, apabila air sungai sedikit surut.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Memang satu pengalaman yang menarik sekiranya dapat menyusur sungai menaiki bot sambil menikmati keindahan flora dan fauna.

Perjalanan kira-kira dua jam itu bermula di jeti Balai Nelayan, Kg Paya Lebar, Lubok China. Untuk menjaga keselamatan, penumpang diwajibkan memakai jaket keselamatan.

Ketika menyusuri sungai, penumpang akan diberi penerangan ringkas mengenai spesis tumbuhan yang hidup di sepanjang sungai. Pohon-pohon seperti berembang yang menjadi habitat kelip-kelip, jenis pokok nipah yang dahulunya daunnya diambil untuk dibuat atap dan juga pokok kayu bakau yang dijadikan arang.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Seorang pengusaha kayu arang, Hj Md Deros Hj Jamaludin yang sudah 43 tahun menjalankan perniagaan membuat kayu arang turut menunjukkan cara-cara mengupas kulit kayu bakau.

Kayu yang sudah dikupas kulitnya kemudian dibakar sehingga 22 hari dalam pembakar khas untuk menjadi arang dan kemudian barulah boleh dijual.

Sungai yang kaya dengan kehidupan air ini memberi rezeki kepada sesiapa yang mahu mencarinya. Selain daripada udang galah, sungai ini juga kaya dengan lokan.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Isi lokan lebih besar sedikit daripada kupang dan kenyal. Bagi yang tiada alah dan perut kebal, ia boleh dimakan begitu saja atau diperah dengan limau nipis. Lokan juga enak apabila dibakar sehingga cengkerangnya terbuka.

Mungkin ramai yang tidak tahu, lokan juga enak sekiranya dibuat rendang.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Bukan sahaja sungai ini kaya dengan hidupan air, malah ia juga menyimpan sejarah yang menarik. Terus menyusur sungai sehingga tiba di satu lokasi di mana sungainya terbahagi dua. Ia dikenali sebagai Kota Simpang.

Sungai Linggi merupakan salah satu sungai yang sibuk dengan pedagang, dan di Kota Simpang inilah terletaknya sebuah kompleks besar untuk pedagang membayar cukai. Menurut sejarah, bangunan berkenaan dibina oleh Belanda untuk mengutip cukai dari pengguna Sungai Linggi.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Kompleks binaannya juga agak besar dan bekas runtuhan dan sebuah perigi masih jelas dapat dilihat hingga sekarang.

Sekiranya mendapat perhatian daripada pihak berkuasa, tempat ini berpotensi menjadi satu lagi tempat bersejarah yang mampu menarik pelancong ke negeri Melaka.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Sementara itu, kesinambungan hidup haiwan yang menjadikan Sungai Linggi terutama kelip-kelip ini bergantung kepada ekosistem paya bakau. Sekiranya berlaku perubahan dalam ekosistem, akan menyebabkan kemusnahan kepada koloni kelip-kelip.

Sungai sepanjang 22km ini memang sangat kaya dengan hidupan air di mana terdapat spesis yang jarang dapat dilihat sekarang.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

#boatride #sungailinggi #alamsemulajadi #nature #albino #buayaputih #albinocrocodile #whitecrocodile #alligator #whitealligator #melaka #malacca #cuticutimalaysia #domestictravel #malaysia

You might also enjoy