BOTAK, BOTAKER, BOTAKEST

Share this article

AKU RASA DALAM musim PKP ni perkara yang kita rasa kita tak boleh buat sebenarnya membuktikan kalau dalam keadaan terdesak, kita boleh buat.

Aku ni kalau nak diikutkan pada sejarah, tak pernahlah nak pandai masak ke, baking ke, mahupun potong rambut. Selalunya aku harapkan kakak aku nak potong rambut sendiri.

Kalau tak kerana Covid 19 dan hampir semua kedai ditutup, terpaksalah belajar buat sendiri banyak benda. Termasuklah potong rambut suami.

Suami pula jenis tak boleh rambut panjang lebih seinci, dia akan rimas. Aku pun rimas tengok dia tergaru sana tergaru sini sebab berpeluh.

Nak tak nak, bila pagi tadi dia hulur hair clipper/trimmer nak suruh aku potong rambut dia, mahu aku mengucap panjang. Aku cakap masa kat balai nanti tanyalah kawan-kawan kot dorang boleh potongkan rambut, dia tak nak. Aku cakap kalau salah potong tolong jangan salahkan aku ek.

Dia jawab okey.

Maka berbekalkan hair clipper/trimmer yang dia pinjam dari kawan, aku pun mulakan operasi. Nasib baik trimmer datang dengan tapak jadi trim elok aje kejadiannya.

Tapi, macam biasalah… mana nak puas hati kalau bini yang buat. Satu inci tu bagi dia masih panjang. Cabut tapak, minta aku trim bahagian tepi. Dia lupa agaknya bini tak pernah jadi barber, tak pernah trim rambut orang. Walaupun bini brutal, tapi kerja-kerja macam ni bini tak pernah buat. Nak tak nak terpaksalah ikutkan aje. Tapi macam biasalah, letak disclaimer, kalau salah tolong jangan salahkan bini ek.

Bila dah ditrim separuh, dah nampak macam Pekan la pulak… Alaaa… Si Pekan dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup tu!

Dan tak pasal-pasal aku kena marah. Akhirnya aku botakkan terus. Puas hati!

You might also enjoy

HTX 免翻墙【信:37378o805】代理注册下载 http://btcsos.com地址 大陆

【OKEX-App下载】40%+优惠注册【欧易OKEX-App下载】40%+邀请码38994898【Bitget-App下载】邀请码1il270%+优惠注册【BIKA币咔-App下载】70%+邀请码VVQT1B据王慧文透露,光年之外估值达2亿美元,下轮融资已有顶级VC认购2.3亿美元。3月8日,美团创始人王兴在朋友圈回应王慧文的宣言,宣布将以个人身份参与王慧文的创业公