BANDAR TUA NEW LANARK

Share this article

BIASANYA ORANG MENCARI bandar-bandar besar metropolitan yang penuh dengan bangunan moden dan sibuk untuk dilawati. Tapi, bandar tua yang mungkin lebih santai, tetap mempunyai daya penarik tersendiri, terutama di hujung minggu.

Kali ini aku memilih untuk ke New Lanark dan perjalanan dari Glasgow ke New Lanark mengambil masa kira-kira satu jam menggunakan kereta api.

Untuk ke sana, perlu mengambil kereta api di Lower Level Glasgow Central Station. Kereta api berlepas dari Stance 14 pada jam 9.45 pagi. Pemandangan saujana mata memandang dengan padang menghijau sehingga ia berhenti di stesen terakhir di bandar Lanark.

Pekan Lanark memang kecil dan comel tetapi cukup untuk keperluan penduduknya. Macam biasa terdapat juga kedai £1 di sini. Destinasi pertama: Tourist Information Centre untuk mendapatkan peta pelancong dan bertanyakan bas ke New Lanark.

Bas kami katanya akan tiba pada jam 11:30 pagi. Oleh kerana ada masa lagi, kami terus ke Sommerfield untuk cari bekalan sepanjang eksplorasi di New Lanark.

Cuaca rasanya sudah turun ke -2C atau -1C dan pekerja-pekerja majlis perbandaran sedang sibuk menabur garam untuk mengelakkan jalan licin akibat frost. Lopak-lopak air pun sudah beku. Walaupun suhu menjunam, matahari memancar di langit yang membiru. Cuaca begini memberi harapan salji tidak akan turun.

Yang menariknya mengenai penduduk kampung di sini, mereka ramah dengan pelancong. Mungkin juga salah satu pendapatan mereka adalah dari pelancong, tidak kiralah pelancong dalam negeri sendiri atau luar seperti kami. Jadi bila mereka “hai!” kami pun membalas dengan “hello”sambil bertukar senyum.

Bas yang ditunggu, tiba tepat pada masanya. Bas ala-ala bas mini bernombor 135 dan berwarna putih. Nama bas berkenaan “Steward”. Aku gelarkan Steward Little.

Pemandu bas pun sudah berumur tetapi sangat ramah. Dia kenal semua penumpang basnya itu, kecuali kami. Tapi, sudah pasti dia tahu kami pelancong tersesat. Ye-lah, orang datang ke New Lanark pada waktu summer, kami tiba pada waktu musim sejuk.

Dari bandar Lanark ke New Lanark ini kurang 10 minit perjalanan dan tambang bas pula cuma 60p. Kami biarkan saja pemandu bas membawa kami meneruskan perjalanan mengambil dan menurunkan penumpangnya. Destinasi terakhir di sebuah bus stop tidak bertanda di New Lanark. Mungkin kasihankan dua pelancong sesat tidak kenal musim, pakcik bas beri arahan supaya tunggu di situ sekiranya mahu pulang ke bandar.

Kalau hendak diikutkan citarasa orang Malaysia mungkin New Lanark ini tak ada apa yang menarik sebab tak ada shopping complex. Tak ada barang-barang berjenama besar, tak ada carboot. Yang ada pun cuma Gift Shop untuk pelancong yang datang ke sini. Tapi New Lanark ini antara empat dalam senarai World Heritage di Scotland, berjaya menarik lebih kurang 400,000 pelancong setiap tahun ke sini untuk?

Untuk menikmati pemandangan sungai dan bangunan-bangunan lama bekas rumah-rumah pekerja dan kilang kapas abad ke 18 dan 19. Memang pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah!

Yang terkenal di sini seorang pengusaha kilang kapas Robert Owen yang merevolusikankan layanan kepada pekerja-pekerja kilangnya. Kilang kapas beliau memang self-sustainable dengan elektrik yang dijana melalui waterwheel dan kemudian ditukar dengan engine turbine.

Beliau juga membina rumah-rumah pekerja yang sempurna, beri perhatian kepada anak-anak pekerja dengan memberikan mereka pelajaran. Masa tu, dia seorang saja mill owner yang buat kebajikan macam ni pada pekerja-pekerja sedangkan di tempat-tempat lain, pekerja-pekerja dilayan dengan teruk dan tinggal di rumah yang tidak sempurna.

Tiket tren Glasgow-Lanark pergi balik = £5.85 Tiket bas Lanark-New Lanark pergi balik = £1.20 Jajan = £2.20

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…