10-16 September
Sepanjang berada di Bishkek Kyrgyzstan, keadaan cuaca sudah tak berapa nak cantik. Antara negara-negara di Asia Tengah ni, Kyrgyzstan ni yang paling cepat mengalami perubahan cuaca dari musim panas ke musim luruh dan seterusnya ke musim dingin.
Masa kami di sini di pertengahan bulan Oktober ini, cuacanya sudah seperti diambang musim sejuk, walhal kalau ikut kalendar, kita masih lagi dalam musim luruh.
Hujan sudah mula turun setiap hari walaupun tak lebat. Suhu dah turun dan kami pun dah keluarkan baju tebal. Kadang-kadang suhu walaupun di waktu siang, sampai bawah 10C. Cadangnya nak ke kawasan tasik ataupun ke pergunungan seperti Ala Archa National Park atau ke Lake Issyk-Kul tapi bila kami sampai tu, dah ramai pemilik gulung yurt masing-masing dan turun ke bawah. Jadi, terpaksa batal apa-apa aktiviti ke tanah tinggi atau ke tasik.



Disebabkan musim dingin yang semakin dekat, kami pun tak boleh nak jelajah Kyrgyzstan yang katanya kaya dengan alam semula jadi. Kebanyakan yurt di tempat-tempat terkenal dah mula dipindahkan sebab salji tebal dah mula turun.
Hari pertama kami di sini, kami jalan-jalan di sekitar Osh Bazaar saja dan lagipun suami nak solat Jumaat. Ada satu masjid yang tak jauh dari Osh Bazaar tu. Memandangkan tak ada tempat yang sesuai untuk aku tunggu suami habis solat Jumaat, terpaksalah lepak kat bus stop.
Selesai solat Jumaat, kami jalan-jalan lagi di Osh kemudian jalan lagi untuk cuci baju. Sebenarnya kat hotel tu ada juga mesin basuh tapi sentiasa penuh dan kena tunggu giliran. Baju kotor kami dah banyak jadi lebih baik cari dobi untuk basuh baju.
Perbezaan antara tempat-tempat orang tumpuan pelancong dengan tumpuan penduduk tempatan memang agak ketara jurangnya. Penduduk tempatan macam kita B40 atau atas sikit M40 akan berbelanja di Osh Bazaar dan yang kaya akan tertumpu di pusat-pusat bandar.






Walaupun tempat yang kami tinggal ni agak dodgy sikit tapi aku masih rasa selamat. Kami memang ulang alik ke Osh Bazaar saja. Kat sini pun aku belikan sim card untuk suami guna sepanjang di Kyrgyzstan sebab murah. Bolehlah untuk dia surf social media dia macam Facebook. Aku kekal dengan roaming saja.
Memandangkan cuaca terus menerus tak nak jadi kawan, jadi kami memang akan explore Bishkek saja. Sempat kami singgah di Masjid Turkiye di sini. Digelar Masjid Turkiye sebab seni binanya sama dengan Masjid Biru di Instanbul dan pembinaan masjid juga ditaja oleh kerajaan Turkiye. Besar sungguh masjidnya.


Tempat yang menarik kat Bishkek ni adalah dataran Ala Too. Dataran besar ni tempat budak-budak muda melepak. Selain dataran, kat sini juga dekat dengan Ala Archa National Park, Patung Manas, State History Museum dengan Bangunan Parlimen.
Macam Dataran Merdeka kita juga, ada bendera besar di sini berdekatan dengan tempat changing of guards. Acara changing of guards ni memang dibuat setiap jam, jadi kalau melawat ke sini, jangan lepaskan peluang untuk tengok ni bila ada di Bishkek.


Kami memang hampir seminggu di Bishkek saja. Sebab awalnya ingat nak jalan-jalan di tasik atau taman negara tapi memandangkan cuaca tak mengizinkan kami duduk saja di bandar ni. Mulanya duduk dekat dengan Osh Bazaar sebab dapat bilik yang luas dan murah. Masalahnya hotel ni ditingkat 3 dan tak ada lift. Jadi agak berat nak angkut beg yang besar. Tiga malam juga kami di sini. Kemudian untuk dua malam seterusnya kami pindah ke hotel lain yang lebih dekat dengan kawasan pusat bandar. Jadi seterusnya kami tinggal di
- Seven Hotel Bishkek, 429b Ulitsa Mikhaila Frunze 9 этажей, Bishkek, 740000, Kyrgyzstan
Hotel-hotel di Bishkek ni ada yang unik kedudukannya. Rasanya sebab mereka masih baru dalam industri pelancongan. Contoh hotel yang kami pilih ni. Hotel ni terletak dalam bangunan lama tinggalan zaman Soviet, dan yang uniknya, dalam bangunan tinggi ni ada beberapa hotel yang beroperasi. Ikut bajet, dari yang mahal ke murah.

Memang agak mengelirukan. Jadi tengok pada tanda iklan nama hotel masing-masing. Kalau yang agak mewah sikit, adalah proper tempat check-in di lobi, kalau yang bajet macam kami pilih, ada meja di lobi dan dia akan minta kita naik ke tingkat di mana lobi hotel yang kita pilih tu terletak. Tapi hotel ni walaupun kecil, masih ada balkoni untuk kita enjoy view bandar. Cuma cuaca dah sejuk sangat, tak adalah nak melepak di balkoni ni.
Buat pertama kali juga, selepas dua bulan mengembara, kami akhirnya dapat makan nasi dengan sambal sotong segera. Ada seorang kawan yang akan sama-sama mengembara untuk ke negara selanjutnya. Dia tolong bawakan sambal sotong untuk kami. Ya Allah, nikmatnya selepas dua bulan lebih tak makan masakan Malaysia.
Harum semerbak bilik hotel dengan bau nasi (beras angkut dari Kazakhstan) hahaha. Masak dalam pot kecil, gaul nasi dengan sambal sotong. Naiklah balik berat badan lepas ni.

Kalau nak makan-makan kat sini pun boleh juga. Ada banyak restoran yang agak mahal juga kat sini. Biasalah tempat pelancong. Kami cuba masakan Turkey di Restoran Mubarak. Alamat:
- Gogol 28, Bishkek Kyrgyzstan
Restoran ni memang recommended. Seorang kenalan dari Turkiye yang bawa kami ke sini. Menu kat sini memang tak terlalu banyak pilihan, tapi kuantiti hidangan agak besar dan berkualiti. Bagi sesiapa yang nak merasa makanan Kyrgyzstan, Asia Tengah dan Turkiye, boleh datang ke restoran ni. Macam biasa harga agak mahal tapi taklah sampai merobek poket. Nak solat pun mudah sebab restoran ni pun ada menyediakan bilik solat.
Sebenarnya Bishkek, walaupun aura Soviet tu masih kuat terasa, perlahan-lahan bandar besar ni dah jadi macam kota kosmopolitan yang lain. Jadi, tak susah nak cari makanan dari negara lain, contoh India, Pakistan atau Uyghur di sini. Kami pun ada cuba makan capati dan kari kambing dari satu restoran Pakistan di Bishkek. Kedudukannya agak tersorok dan dah tak ingat namanya.
Kalau nak cari tempat tumpuan remaja pula boleh ke shopping complex macam GUM Chynar. Cuma tidaklah semegah shopping complex macam di Malaysia. Agak-agak old school sikit, mungkin boleh disamakan macam upgraded Pertama Complex. Besar and modern sikit.
Remaja kat sini terpengaruh kuat dengan budaya K-Pop. Sempat jugalah kitaorang tengok mereka menari di area shopping complex ni. Nampaknya gelombang K-Pop ni memang lambatlah nak reda. Sudahlah orang kat sini pun features macam ada sikit ke arah Koreans.
Dan remaja kat sini pun dah ramai boleh berbahasa Inggeris, walaupun agak broken sebab mereka lebih fasih berbahasa Russia dan Kyrgyz. Mereka agak takut-takut nak tegur, tapi kalau ada yang berani tu, mereka memang friendly, tanya kami dari mana. Apapun, masih ramai orang dari India, Pakistan dan orang Turkey di sini dan kebanyakannya pelajar universiti.

Selain daripada Osh Bazaar dengan shopping complex, kami naik Yandex ke Dordoy Bazaar. Tak ramai orang Malaysia ke sini. Biasanya Dordoy Bazaar ni lebih kepada peniaga-peniaga yang nak beli barangan buatan China untuk diniagakan.
Barang-barang macam kasut, beg tangan, pakaian, sut lelaki banyak kat Dordoi Bazaar ni. Bazaar ni memang sangat besar. Macam satu gudang dan dalamnya disusun pula kontena-kontena yang ditukar jadi ruang perniagaan.
Tapi, sama aje kalau kita beli di China, sebab hampir 90 peratus barangan kat sini datangnya dari China. Tapi, ada juga barangan buatan tempatan yang dijual secara pukal. Jadi kalau korang nak berjual barang-barang dari China yang ada pengaruh Asia Tengah, boleh juga beli di sini. Cuma tak tahulah perbezaan harga antara dua negara ni.
Sebab kami ke bazaar ni dah petang, kami terpaksa cari masjid untuk solat maghrib. Mencabar betul jalan nak ke masjid ni hahaha… Lagilah bila selesai solat, dah malam dan jalan-jalan kat sini gelap pula.
Tapi, alhamdulillah selesai pengembaraan di Bishkek. 16hb kami sudah kena keluar dari Bishkek dan bergerak kembali ke Almaty. Kali ini kami nak ke Azerbaijan pula. Jadi pagi-pagi kami sudah check out dari hotel dan terus menuju ke stesen bas. Perjalanan yang agak panjang juga dari Bishkek ke Almaty, Kazakhstan.









