ATOK NINI UNDER THE WEATHER

Share this article

SABTU: 26 February 2022

n

MEMANDANGKAN BUDGET IZMIR tiba-tiba berkurangan sebab Atok beli helmet motor, kita terpaksalah tukar plan dan jalan-jalan ke tempat yang tak perlu bayar duit banyak . Kos berbayar cuma tiket naik turun metro dengan tram aje.

nn

Pagi ni kami ke ,Kızlarağası Hanı sebab tak dapat nak ke Selcuk untuk ke Ephesus. Semalam masing-masing macam tak berapa nak sihat, jadi hari ni pun kita santai-santai aje. Keluar cari makan.

Jadi, kami naik metro dari Hilal dan turun di Cankaya. Dari stesen metro Cankaya kami jalan kaki aje pelan-pelan. Misi pertama nak cari makan dulu sebelum explore Kızlarağası Hanı. Sebab dah sarapan ringkas sangat di apartmen, kopi dengan roti, kami nak carilah juga makanan yang boleh kenyangkan perut.

Sekarang ni, tengah panas fasal Rusia nak menceroboh masuk ke Ukraine. Kalau jadi perang ni, Turkiye memang akan terkesan sama. Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdoğan pun masih dalam misi mencari perdamaian antara dua pihak. Kalau berperang, harga barang di Eropah mesti naik dan Turkiye pun masih ada rakyatnya di Ukraine. Media Turkiye memang aktif cover isu ni dan ramai wartawan mereka dihantar di Ukraine dan Rusia untuk buat liputan.

nn

Jadi lepas makan, kami pun mulakan misi jalan-jalan di sini. Kızlarağası Hanı atau dalam bahasa sekarang ni Kızlarağası Inn atau hotel, asalnya adalah tempat berehat untuk pengembara. Letaknya di pinggir Kemeralti Bazaar dalam kawasan Cankaya. Bangunan ni dibina pada tahun 1744 dan mempunyai dua tingkat. Suatu waktu dahulu hotel ini memang sangat terkenal. Bahagian atasnya merupakan bilik-bilik tidur, manakala di bahagian bawah tempat menyimpan haiwan tunggangan dan berjual beli.

n

Bangunan ini dibaik pulih pada 1993 dan diubah menjadi tempat tarikan pelancong. Sekarang ni di bahagian atas dikhaskan untuk kedai-kedai menjual barang perhiasan diri wanita, barangan antik, kaligrafi, jual rekod radio dan kafeteria. Manakala di bahagian bawah ada kawasan lapang atau courtyard yang dipenuhi kedai-kedai comel menjual kopi.

n

n

Memang tempat ni sesuai untuk lepak-lepak sambil minum kopi dan saja untuk window shopping. Bangunan bazaar ni tak besar sangat dan masa kami tiba pun, tak banyak kedai-kedai yang buka. Jadi kami hanya jalan-jalan dan tengok barang-barang jualan. Tapi, di luar memang banyak kedai-kedai menjual barangan seperti baju, tudung, kain-kain ela yang macam-macam rekaan dan benang mengait.

n

n

n

n

n

Jalan-jalan sampailah kami tiba di kawasan Kemeralti Bazaar. Sebab dah ke sini sebelumnya kami tak adalah nak membeli apa-apa pun, sekadar nak cuci mata aje. Memandangkan hari ni hari Sabtu, tengok betapa ramai umat manusia di sini. Sesak! Sebab risau terjangkit selsema dalam musim-musim Covid ni, kami tak nak terlalu lama di sini.

nn

Sebelum berjalan ke metro Konak, kami singgah dulu ke sebuah restoran yang jual makanan laut. Nak cuba makan kupang dorang. Kupang ni dibakar dan dicampur nasi juga. Taklah mahal sangat, satu mangkuk pun dalam TLR25 tak silap. Selesai makan kami terus jalan ke metro untuk pulang ke apartmen. Nak rehat dulu sebelum petang ni berjalan lagi ke Asansor.

Petangnya kami ambil tram untuk ke Asansor. Perlu berhenti di Stesen Karatas dan stesen ni pun tepi laut juga, jadi memang syok kalau duduk-duduk atau jalan santai tepi pantai bila waktu petang. Cuma ni musim sejuk jadi, memang anginnya pun buat kita menggigil. Jadi, turun aje tram, sentuh tiket dan keluar dari stesen kami terus ke seberang jalan untuk ke ,Asansor.

nn

Asansor ni sebenarnya lif yang dibina oleh seorang banker Yahudi pada 1907 untuk kesenangan penduduk di situ. Kawasan di Karatas ni dahulunya penempatan orang Yahudi dan sekarang ni pun ramai penduduk Yahudi di sini. Kawasan kejiranan ni dianggap macam tempat posh la juga sebab banyak apartment yang menghadap laut.

n

n

Belakangnya pula penempatan atas bukit. Penempatan ni memang dah lama jadi kalau nak ke atas tu memang siksalah. Ada tangga untuk naik ke atas bukit dan jalan-jalan untuk kenderaan naik turun. Tapi, penatlah kan kalau penduduk nak naik turun tangga semata-mata nak buat urusan harian mereka. Jadi banker Yahudi yang bernama Nesim Levi Bayraklıoğlu ni pun buatlah bangunan lif untuk kemudahan penduduk kat situ.

nn

Tak silap, asalnya Asansor ni menggunakan enjin stim untuk operasi lif ni, kemudian dengan kemajuan teknologi, ia menggunakan generator sebelum tenaga elektrik sepenuhnya hingga sekarang.

Tak jauh jalan kaki dari stesen tram ke Asansor ni. Lorong masuk ke Asansor ni pun ada kafe-kafe comel untuk buatkan kawasan tu lebih ceria. Sebelum atau selepas menikmati pemandangan kat atas, boleh duduk-duduk minum kopi kat cafe-cafe kecil ni. Lorong kecil ni pun ada temanya. Ia bersempena dengan seorang penyanyi Yahudi bernama Dario Moreno yang terkenal suatu masa dahulu.

nn

Ada dua lif di bangunan Asansor ni dan nak naik tak perlu apa-apa bayaran pun. Ada penjaga yang pastikan pengunjung tak terlebih muatan. Asalnya Asansor ni gunakan oleh penduduk di situ tapi sekarang, ia jadi tempat tarikan pelancong untuk menikmati pemandangan dari atas bukit, sambil minum kopi di sini.

n

n

n

n

n

Turun dari Asansor ni kami jalan-jalan tepi laut sehinggalah kami tiba di stesen Konak untuk balik ke stesen Hilal dan seterusnya sampai ke apartmen.

n

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…