ATOK NINI – SEPANCA & MASAUKIYE

Share this article

Selasa – 15 Februari 2022

HARI INI KAMI decide nak ikut tour ke Sapanca & Masaukiye. Sebab apa? Sebab dalam banyak-banyak day tour yang hotel sediakan, inilah yang paling murah hahaha. Untuk trip ini, kami dikenakan bayaran TLR750 berdua. Sapanca dan Masaukiye bukan destinasi pilihan pelancong Malaysia yang lebih suka ke Bursa untuk bermain salji di Uludag.

Jadi, kami pun nak tahu juga apa yang ada di Sapanca dan Masaukiye ni. Tidak banyak info yang kami dapat dari Internet, maka bolehlah cuba tanpa apa-apa expectation. Lagipun memang trip ni untuk relaks dan tak mahu terlalu ikut apa yang orang lain buat.

Rupanya Sapanca dan Masaukiye lebih terkenal dengan alam semulajadi. Di sini ada sebuah tasik besar kira-kira 16km luasnya dan orang Turki memang suka outdoor activities. Maka, antara program yang disediakan untuk pelancong yang ambil tour ke sini, adalah memandu ATV, flying fox dan yang seangkatan dengannya. Aisey, boleh ke orang tua backpackers ni join. Tapi bagi kami, game on! Err… tolak flying fox lah.

Seperti yang dijanjikan, pemandu jemput kami di hotel jam 8 pagi, maka kami turun untuk sarapan lebih awal hari ni. Memang banyak spread untuk sarapan hotel ni. Macam-macam jenis keju pun ada untuk orang yang sukakan keju. Roti simit, kira roti staple untuk orang Turki. Simit ni pun boleh dipelbagaikan. Boleh makan dengan daging, atau manisan, coklat, semua boleh. Roti liat-liat ala bagel ni memang sedap bagi aku.

Lain-lain, macam jeruk buah zaitun, salad tomato, timun, nuggets, telur semua ada. Memang meriah makanan sarapan di hotel ni. Kira berbaloi sangat walaupun hotelnya tak adalah hype sangat. Sarapan pun disediakan bermula jam 7.30 pagi.

Kira-kira jam 8 pemandu pun sampai. Kamilah orang terawal yang dia jemput. Sapanca ini letaknya di daerah Marmara, kira-kira 120km jauhnya dari Istanbul. Kira-kira sejam lebih perjalanan jugalah kalau memandu secara relaks. Tapi, kami kena pindah ke bas lain. Mereka ni ada group. Dia penuhkan satu-satu bas baru tour akan bermula.

Tour kami ni penuh dengan orang Arab dari negara-negara UAE rasanya. Guide kami pun fasih cakap Arab. Bila dia diberitahu kami ni bukan Arab dan tak boleh cakap Arab, dia jadi agak nervous. Beritahu kami English dia limited. Tapi kan kami ni jenis tak kisah. Ikut aje apa dia suruh. So, tak adalah susah sangat. Maka, dalam jam 9am baru kami betul-betul bertolak ke Sapanca.

Tour ke Sapanca dan Masaukiye popular di kalangan orang Arab. Untuk tour ni pun sebenarnya sesuai untuk orang muda-muda sebab banyak outdoor activities. Stop pertama kami di Organic House, Sapanca.

Kedai ni sebenarnya khusus menjual madu asli. Macam-macam jenis madu asli ada di kedai ni. Harga agak mahal sikit, tapi kualiti sangat bagus. Macam biasa, salesman dia ada yang boleh cakap Melayu. So, dia akan tunjuk jenis madu yang dijual di situ. Sample madu pun dia bagi, pilih aje mana yang korang suka.

Selain madu asli, ada juga produk hiliran madu yang lain macam sabun dan losyen. Bukan itu saja, ada juga jenis-jenis perisa teh yang dijual kat sini. Aku suka betul rasa apple tea tapi sebab kat rumah pun sudah terlalu banyak jenis teh, aku abaikan aje permintaan tekak. Jangan membazir!

Suami pula tiba-tiba tertarik dengan topi Turki zaman Uthmaniyyah kat sini. Maka berpisahlah TLR200 dari wallet ke kedai. Itulah topi yang dia pakai sepanjang berjalan-jalan di Turki. Cuma agak self-conscious sikitlah kan, nampak sangat macam pelancong.

Dari Organic House, kami ke destinasi kedua. Mari naik ATV!

Untuk aktiviti ni, ada beberapa jenis ATV yang boleh dipilih. Harga pun bergantung kepada jenis. Ada yang untuk family, dan ada untuk berdua. Juga ada quad, yang boleh naik seorang atau berdua. Untuk ini, kami pilih berdua. Harga sewa kenderaan tu TLR400.

Trail ATV ni taklah mencabar sangat. Rasanya hampir sama dengan yang kat Kemensah tu kot, atau mungkin lagi mudah. Kami lalu off-road tepi-tepi sungai, dan trek kereta api. Perjalanan dalam satu jam. Berbodong-bondonglah kita dalam satu barisan. Surprisingly kami enjoy juga naik ATV lalu jalan lubang-lubang. Almaklumlah, kalau kat Malaysia nak lalu jalan lubang-lubang, tak adalah naik ATV, naik kereta biasa pun rasa.

Selepas selesai spending time di lapangan ATV, kami bergerak pula ke kawasan air terjun yang popular di sini. Aku boleh bayangkan tempat ini sesak bila tiba musim bunga dan panas. Terdapat banyak restoran di sepanjang sungai. Walaupun, masih dalam musim sejuk, sudah banyak van-van tour yang datang ke sini bawa pelancong.

Macam aku cakap tadi, orang Turki memang suka outdoor activities. Dan memandangkan Sapanca ni tidaklah jauh dari Istanbul, Bursa dan Izmit, maka, ia adalah tempat pilihan orang kota yang hendak berehat-rehat sambil menikmati alam semula jadi. Macam orang KL turun Melaka lah.

Yang menarik, air terjun walaupun tak tinggi, tetapi airnya sangat jernih. Ada aktiviti air disediakan untuk pelancong. Bagi siapa yang nak cuba naik perahu kecil, bolehlah pusing-pusing di pool kecil di sini. Bagi yang nak cuba flying fox merentas sungai pun ada juga. Tapi bagi orang yang nak relaks pula, ada tempat lepak disediakan sambil bagi makan roti pada ikan. Ditepi-tepi pun ada gerai jual chay, minuman lain dan makanan ringan.

Dah puas tengok air terjun, ikan berenang-renang, enjoy good weather, kami bertolak ke tempat makan pula. Ini memang dah petang dan perut pun dah berkriuk-kriuk. Kami cuma makan sarapan pagi dan minum kopi masa di lapangan ATV. Di tempat air terjun kami tak berminat nak makan.

Restoran Salale Gule-Gule simple. Dekat dengan sungai juga. Pemandangan memang menarik. Bunyi air deras menjadi halwa telinga. Seronok juga tengok makanan, ada nasi! Yay! Orang Asia dengan nasi memang berpisah tiada.

Walaupun pemandangan di restoran ini memang cantik, tapi ada satu benda yang buat aku sangat-sangat tak selesa. Buat pertama kali aku jumpa toilet di Turki yang tak bersih dan berbau, walaupun dekat dengan sungai, yang mana airnya banyak.

Bukan takat tu saja, musolah pun terletak dalam kawasan toilet. Ya Allah, macam mana nak solat macam ni? Memang niat ingatkan nak solat di sini sementara buang masa lepas makan, tapi bila tengok keadaan yang daif, bagi aku, kami batalkan niat nak bersolat. Ini satu keadaan yang baru pertama kali kami jumpa di Turki.

Dari Restaurant Selale, kami ke rumah terbalik pula. Aku tak ingat harga tiket berapa, mungkin TLR20 seorang. Rumahnya comel saja. Ini untuk orang yang minat buat aktiviti macam ni. Bagi aku tak ada apa yang menarik sangat, lebih bagus rumah terbalik di negara kita sebenarnya. Tapi, sebab nak experience Turki, bolehlah cuba ke sini.

Destinasi terakhir kami dalam tour ke Sepanca dan Masaukiye adaalah ke tasik yang terkenal di sini. Memang suasana amat tenang dan memang di sini menunggu untuk matahari jatuh. Kami habiskan masa sekitar dua jam di sini menunggu matahari jatuh. Hampir berakhir hari kami di Sapanca dan Masaukiye. Memang seronok berjalan-jalan ke tempat lain dari yang lain.

Tapi, ini mungkin kali terakhir kami pergi ikut tour. Rasanya kami dah tak sesuai untuk pergi ikut tour kecuali bersama-sama dengan kumpulan yang memang kita sudah kenal. Buat masa sekarang, rasa lebih selamat kalau berjalan sendiri-sendiri. Sekurang-kurangnya masa solat terjaga. Boleh berhenti ikut suka hati untuk solat dan makan. Kalau muda-muda dulu mungkin ambil enteng soal solat, tapi sekarang ada kesedaran untuk jaga solat. Yalah, #orangtuabackpackers la katakan.

Kami tiba di hotel di Istanbul kira-kira jam 8 malam. Seluruh isi van dah kepenatan. Kami ditinggalkan di tempat kami dijemput, berdekatan dengan Sirkeci tram station. Jadi, sebelum pulang ke hotel, singgah di restoran beli kebab untuk makan malam.

Untuk esok, aku cakap dengan suami kita jalan-jalan sekitar Istanbul lagi. Mungkin kami akan naik tram ke Grand Bazaar. Jalan-jalan di situ sahaja. Kita relaks sebelum lusa akan ke destinasi selanjutnya.

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…