ATOK NINI – MASUK BAWAH TANAH

Share this article

Sabtu – 19 Februari 2021

PAGI NI ATOK NINI di pick-up lagi, tapi taklah terlalu awal macam semalam. Lepas sarapan kami pun tunggu di lobi. Kali ni naik teksi kuning pulak. Pemandu kami namanya Mehmet Turgut. Mehmet ni orangnya cool aje.

Destinasi pertama kami ke Pigeon Valley. di Uçhisar. Ia dikenali sebagai Pigeon Valley sebab banyaknya burung merpati di sini. Peranan burung-burung merpati ni sangat penting pada zaman dahulu sebagai salah satu sumber makanan dan baja. Sebab itu mereka bela burung ini dan dekat sekiranya diperlukan. Dinding-dinding bukit di sekitar lembah ini jadi rumah burung merpati ini dan burung ini terbang jauh, sampai ke Goreme juga.

Sebenarnya kalau pengunjung nak hiking di Pigeon Valley (sebahagian daripada hutan simpan) pun boleh, tapi sebab ini winter dan untuk pengunjung yang kesuntukan masa, eloklah ambil private tour macam kami.

Di tebing khas untuk pengunjung ada juga kedai-kedai jual cenderahati. Satu cenderahati yang paling popular di sini dipanggil Evil Eye atau dalam masyarakat kita dikenali sebagai Mata Ain. Cenderahati seakan tangkal ini kononnya untuk mengelak dari niat jahat seseorang.

Di sini juga pengunjung boleh beli dedak untuk beri makan kepada burung-burung merpati atau burung-burung kecil yang lain. Sebekas makanan itu tak silap dalam TLR1 atau TLR2 sebekas kecil.

Selain burung-burung merpati, pemandangan di sini memang cantik sebab kita boleh lihat rumah-rumah gua yang telah ditinggalkan dan juga istana Uchisar.

Dari Uchisar kami bergerak ke Kaymakli Underground City. Terletak di kawasan Anatolia Tengah. Bandar bawah tanah ini mula dibuka kepada pelancong pada tahun 1964 dan terletak kira-kira 19km dari Nevşehir, di jalan Nevşehir-Niğde.

Dalam perjalanan sempat minta Mehmet untuk berhenti tepi jalan sebab suami nak merasa bergambar dalam salji yang tebal. Ketawa Mehmet dengar permintaan kami, tapi dia layankan aje. Cuma dia takut-takut sebab jalan besar tu banyak kenderaan berat. Lepas ambil beberapa keping gambar suami berdiri dalam salji, kami pun bergerak kembali. Sekali tengok, eh ada beberapa buah kereta pun berhenti tepi jalan sebab penumpangnya nak ambil gambar atas salji yang memutih.

Kalau sesiapa yang tak nak ambil personal tour, boleh juga ambil public transport ke Kaymakli ni. Boleh ambil dolmus dari pekan Nevsehir. Ada servis dolmus setiap 30 minit tak silap aku. Dolmus atau mini bas ni akan berhenti di pintu masuk Kaymakli Underground City. Tambangnya aku tak pasti, mungkin tak lebih TLR10 seorang.

Tiket masuk pula ke Underground City TLR60 seorang. Bandar bawah tanah ini memang besar dan sedalam lapan tingkat ke bawah, tapi hanya empat saja yang dibuka untuk pelancong. Gua-gua dalam bandar bawah tanah ini terang tapi laluan ke bawah sempit dan ada yang curam. Sesiapa yang claustrophobia mungkin akan rasa sesak nafas sikit di sini. Tapi, sayang kalau dilepaskan peluang untuk lihat bandar bawah tanah ni dan berfikir macam mana orang zaman itu hidup di sini.

Selain sebagai tempat tinggal, laluan yang berselirat ini menjadi tempat persembunyian dan untuk penduduk melarikan diri daripada musuh mereka waktu itu. Ahli arkeologi menemui terowong sepanjang 9km panjang yang menyambungkan Kaymakli dengan Derinkyu! Hebatnya mereka ini menggali terowong.

Sebenarnya lebih baik menggunakan khidmat tour untuk beri penerangan dalam gua-gua bawah tanah ini. Kami ni pun pasang telinga dengar penerangan dari tour guide kumpulan-kumpulan kecil yang ada bersama. Gua-gua bawah tanah ini terbahagi kepada tempat simpanan, bilik tidur, tempat bermesyuarat, tempat penyediaan makanan dan simpanan arak.

Memang agak bingung bila dah berada bawah tanah ini. Apatah lagi untuk kitaorang yang majoriti dah masuk fasa orang pencen. Dengan sakit lutut, balancing dah out dan masing-masing pun bercermin mata, mencabar juga tau. Tapi disediakan penunjuk arah warna merah dan biru untuk beritahu pengunjung arah mana nak pergi.

Seeloknya kita luangkan masa satu jam di sini untuk explore dan belajar fasal gua-gua bawah tanah ni. Kebetulan pula kami ketemu dengan dua orang Malaysia yang bekerja dan tinggal di Ankara, sempat juga bergambar bersama haha. Selesai tour di gua dan naik ke atas untuk keluar, terjumpa pula grup sepupu seorang lagi. Dah kecoh sekejap di situ. Memang reunion sepupu-sepupu nampaknya di Kaymakli Underground City.

Keluar dari Kaymakli, Mehmet tiba-tiba bawak ke satu tempat seperti bengkel kenderaan. Dia terus memandu ke bahagian belakang dan minta kami turun. Rupanya dia nak bawak kami main salji yang bersih di padang di bahagian belakang bengkel. Hahahaha seronok suami main salji di situ. Tercapai cita-cita dia nak bergolek-golek dalam salji di Eropah! (walau secara tekniknya, Goreme berada di bahagian Asia negara Turkiye).

Puas main salji, kami terus ke Love Valley. Tempat ni terletak antara jalan Avanos dan Goreme. Dari viewpoint, boleh nampak formasi fairy chimneys yang unik di sini. Untuk kenderaan masuk ke sini akan dikenakan bayaran. Tapi, kalau nak hiking pun boleh, cuma trailnya di bawah tempat viewpoint, bukan atas bukit.

Love Valley ni ni diberi nama sedemikian rupa kerana ia popular sebagai tempat bergambar untuk pasangan bercinta yang nak propose dan juga bergambar dengan baju pengantin. Banyak juga bentuk-bentuk LOVE untuk pasangan bergambar. Percuma aje, tak perlu bayar apa-apa. Tapi kenderaan untuk masuk ke sini akan dikenakan bayaran minimum.

Kalau kita browse media sosial, banyak kita nampak orang beli perhiasan diri dari batu Zultanite. Harga untuk batu ni sebenarnya sangat mahal sebab ia cuma boleh didapati di pergunungan Ilbir Turkey. Batu Zultanite ni biasanya datang dengan warna oren, hijau, kuning, merah jambu dan warna champagne. Ia boleh bertukar warna, tapi yang asli katanya hanya boleh bertukar tiga warna saja mengikut pertukaran cahaya.

Kalau di bawah cahaya terang, warna batu akan bertukar hijau kiwi dengan sedikit kerlipan kekuningan, dan kalau cahaya biasa atau dalam rumah, warnanya akan bertukar menjadi warna champagne, manakala kalau di bawah cahaya malap atau lilin, ia bertukar merah ungu sedikit.

Harganya pula bergantung kepada kualiti batu dan sama ada diikat dengan emas atau perak. Mehmet bawa kami ke tempat pembuatan Sayan Onyx. Ada workshop pembuatan perhiasan emas dan perak dan juga showroom untuk jualan. Selain Zultanite, kedai ni pun jual perhiasan rumah dari batu-batu berharga. Ada macam-macam design, sama ada tradisional dan moden. Hah, di sinilah mulanya atok bershopping!

Kami ambil tour 4 jam dengan Mehmet jadi by the time kami kembali ke pekan Goreme, kami dah kelaparan. Kali ini kami makan di kedai cawangan Firin Express yang dekat dengan pekan. Sambil makan, sambil bincang nak atau tidak naik belon esok. Lepas fikir habis-habisan kami kata okay, kita naik belon. Jadi lepas makan, terus ke Alpine Tour dan jumpa dengan Norul untuk bayar balance duit naik belon panas.

Malam, selepas solat Maghrib dan Jama’ Isyak, kami ke pekan lagi sekali. Kali ini misi membeli fridge magnet sebab esok, selepas naik belon, kami akan ke otobus untuk menaiki bas ke Ankara pula.

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…