JUMAAT – 18 Februari 2022
MISI KAMI HARI ini nak kejar belon-belon panas aka Safari Jeep Ride. Sepupu yang tolong arrangekan. Seronok pula dapat pass baton kepada sepupu. Memang yang ini misi kami cuma nak try naik belon. Asalnya kejar-kejar belon tak ada.
Jam 7.15 pagi kami dah tunggu di lobi untuk driver dan sepupu datang ambil. Alahai jeepnya. seram pulak melihatnya hahahaha.
Jadi, sepanjang pagi tu kami menjerit-jerit aje dalam jeep. Driver sengaja bawak di jalan yang ‘mencabar.’ Sengaja naik bukit turun bukit sampai senget-senget jeep dibuatnya. Tapi, memang sempoi dan sporting drivernya. Kami bertiga di belakang memang enjoy saja.
Dari satu bukit ke satu bukit, dari satu spot ke satu spot, dia bawa kami untuk enjoy pemandangan belon-belon panas di udara. Kalau nak naik belon atau nak kejar belon memang kena awal-awal pagi. Kalau cuaca cerah macam hari ini, pemandangan belon-belon pelbagai warna dan saiz di udara memang sangat cantik.
Dah puas mengejar belon, dia bawa kami ke area fairy chimneys pula. Dapat merasa untuk masuk ke dalam sebuah batu yang pernah dijadikan tempat berteduh beribu tahun yang lalu. Na k masuk memang agak curam tapi perlu dirasai kerana bukan selalu dapat masuk ke tempat begini. Pengalaman ni buat kita jadi lebih humble.
Hampir jam 9.30 pagi, kami sudah kembali ke hotel. Sempat lagi untuk bersarapan kerana biasanya di Goreme, hotel-hotel akan menyediakan sarapan hingga lewat pagi. Ini untuk beri peluang pada pelancong-pelancong yang menaiki belon-belon panas untuk kembali ke hotel dan mengambil sarapan mereka sebab awal pagi kira-kira jam 7am bas akan menjemput mereka ke tempat untuk menaiki belon.

Kami sengaja berehat selepas sarapan sebab dah terlompat-lompat dalam jeep sejak awal pagi. Lagipun hari ni hari Jumaat, suami nak solat Jumaat di sini. Ini kali pertama suami akan bersolat Jumaat di Turki, dia pun sangat teruja nak merasa.
Aku pulak, memang ambil peluang untuk bermalas-malas di bilik. Suami kata, lepas dia balik solat Jumaat, dia nak sambung rehat dulu, kemudian baru kami akan berjalan-jalan di bandar. Pada masa yang sama, aku dengan sepupu dah mula buat plan untuk esok. Sepupu ajak untuk naik YellowTaxiGerome dan pilih tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Kami asyik texting satu sama lain dan akhirnya setuju beberapa tempat untuk dilawati. Bayaran dikenakan untuk satu kereta, atau empat orang ini TLR600. Bagi aku ok sangat sebab dapat bahagi dua kos. Makanya kami hanya perlu bayar TLR300 untuk satu pasangan.
Pada masa yang sama, ada seorang lagi sepupu dalam perjalanan ke Gerome. Dia berjalan-jalan dengan kawan-kawan dan mereka akan berada di Turki selama 10 hari. Ini memang meeting point kita, itupun kalau diizin Allah.
Petang selepas suami balik dari solat Jumaat dan berehat, kami kembali ke pekan dengan niat untuk mencari makan malam. Sepupu sekali lagi text ajak kami makan sama-sama. Kali ini kami ke Firin Expres. Restoran ini menyediakan makanan kegemaran orang Turki. Restorannya pula macam dalam gua. Memang unik.

Kami kembali berbincang untuk tour esok. Selepas berbincang, kami bersetuju untuk ke Kaymakli Underground City, Love Valley, Pigeon Valley antaranya. Yang lain, kalau kita nak pergi, boleh arrange kemudian. Ini yang seronok bila dapat travel dengan orang satu kepala dengan kita. Walaupun last minute planning tapi masih tak rushing. Ikut suka hati bila nak pergi. Ikutkan sepupu, mulanya dia nak ajak tengah hari tadi, dia lupa hari ni Jumaat hahahaha.
Lepas makan, kami kembali ke pekan sambil-sambil cuci-cuci mata tengok barang yang dijual di situ. Nampak fridge magnets memang cantik-cantik. Suami sudah ingatkan kena beli fridge magnets sebab adiknya ada mengirim. Baiklah.
Selepas makan malam, kami ke Alpine Tour untuk check harga naik belon. Tak susah nak cari pejabat Alpine Tour ni sebab dia ada letak bendera Malaysia di hadapan pejabat dia. Memang dia banyak promote Cappadocia dan belon panas di Facebook.
Sebenarnya masing-masing berbelah bahagi nak naik belon panas atau tidak sebab masing-masing gayat. Suami pun ada masalah jantung, dia pun risau. Tapi, lepas borak dengan owner Alpine Tour si Norul ni, semua jadi semangat nak naik belon panas. Dia pujuk kami naik belon panas sebab sekarang harga masih mampu milik. Nanti bila masuk musim bunga atau musim panas, harga seorang akan dicaj hingga 100 euro. Untuk kami dapatlah TLR750 seorang. OK kami book dulu, sebab tak pasti lagi nak naik belon panas atau tidak.
Kemudian kami ke otogar pula sebab nak cari tiket bas ke Ankara. Kami beli tiket bas 10.30am dan pejalanan dari Goreme ke Ankara mengambil masa kira-kira 3 jam. Tiket bas untuk dua orang kira-kira TLR300.
Alhamdulillah hari ni sempurnalah sudah satu aktiviti satu hari kami.