Isnin – 14 Februari 2022:
ALHAMDULILLAH DAH CHECK-IN hotel, dah rehat dan hari ni dah mula susun apa nak buat. Penat semalam menarik beg dekat 3km naik turun bukit masih terasa tapi cekalkan hati, hari ni kita akan explore tempat wajib lawat di Istanbul.
Semalam, Alhamdulillah proses dengan imigresen Turki memang mudah. Walaupun dah apply HES code Turki, pegawai tak tengok pun. Dokumen lain pun dia tak minta. Kira macam bila kita dah boleh fly ke Istanbul, bermaksud kita dah apply dan clear semua requirements yang diperlukan.

Selesai ambil beg dan tukar pakaian, misi seterusnya mencari kad SIM Turki. Aku pilih Vodafone sebab baca review servis dia sangat OK. Sim kad aku agak mahal kerana aku pilih 20GB data, panggilan antarabangsa dan panggilan percuma. Manakala untuk suami data sahaja 15GB. Dua-dua SIM kad untuk kegunaan sebulan, lebih kurang TLR1250. Mungkin ada yang kata mahal sangat, tapi ini keperluan aku. Kami akan berada di sini selama 17 hari. Dan suami aku suka menonton video di FB, maka, data aku ni akan jadi back-up untuk dia bila SIM dia kehabisan data, percayalah!
Sudahlah semalam, gara-gara tak sempat nak beli Istanbulkart untuk naik public transport. Hanya sempat beli tiket bas Havaist ke Sultanahmed dan dari bus stop terpaksalah berjalan kaki tarik beg naik bukit turun bukit ke hotel. Kenapa tak naik teksi? Sebab kami fobia dengar cerita macam-macam fasal driver taxi di Istanbul. Maka, berjalan kaki sambil menarik beglah kami berdua.
Tempat penginapan pertama kami di sebenarnya terletak di Fatih Old City, di tengah-tengah antara Sirkeci tram station dan Gulhane tram station. Kami akan berada di Istanbul selama empat malam.
Alamat:
Q Inn Hotel Old City
Address: Hocapasa Mah. Dervisler Sk No:7 Sirkeci Fatih, Fatih, 34110 Istanbul, Turkey
Phone: +90 532 427 03 56
GPS coordinates: N 041° 0.823, E 28° 58.654
Untuk empat malam di sini, aku bayar RM580 sekali dengan sarapan pagi. Hotelnya mungkin agak ketinggalan zaman sedikit, tapi yang penting bersih dan lokasinya juga sangat strategik. Banyak hotel-hotel lain di daerah Fatih Old City. Memang aku rekomen untuk pengembara cari hotel di kawasan sini sebab senang nak bergerak ke tempat-tempat menarik sebab dekat sangat dengan stesen tram.

Misi pertama hari ini, cuba dapatkan Istanbulkart. Hotel staff suggest pergi ke Marmaray Sirkeci Metro İstasyonu Güney (Cağaloğlu) untuk beli kad dan di situ akan ada orang bantu kami untuk beli kad.
Maka sekali lagi kami berjalan kaki ke stesen untuk beli kad Istanbulkart. Terkial-kial jugalah pertama kali nak membeli kad pengangkutan di Istanbul. Akhirnya aku approach guard kat metro dan tanya macam mana nak beli kad. Terima kasih pada Google Translate yang banyak membantu kami dalam berkomunikasi, akhirnya kami berjaya membeli dua Istanbulkart.
Walaupun sudah ada kad di tangan, kami ambil keputusan untuk jalan kaki saja ke destinasi pertama – Topkapi Palace. Kami keluar hotel awal. Sarapan pagi tadi pun dalam pukul 7.30am dan terus ke stesen metro. Maka, sampai aje, Palace tak buka lagi. Tiket masuk untuk ke Topkapi berharga TLR200 seorang dan dapat sekali audio guide.

Beli di kaunter tiket di bahagian kanan pintu masuk istana.Tapi, kena letak lesen atau apa-apa identification proof dan akan dikembalikan bila kita pulangkan balik audio guide.
Sungguhlah luas kawasan istana ini. Bahagian istana ini bolehlah dibahagikan kepada tiga halaman besar. Ada satu air pancur yang cantik sebaik saja kita masuk melalui Imperial Gate, pintu gerbang utama ke Topkapi. Air pancur dikatakan dibina pada era Sultan Ahmed III pada 1729. Aku bayangkan kalau jalan-jalan di sini musim bunga mesti nyaman. Pokok-pokok rimbun memayungi pengunjung dari panahan matahari dan angin yang bertiup dingin.

Di sebelah kiri pula ada bangunan yang dikenali sebagai Hagia Irene. Ia merupakan gereja pertama di bina dalam bandar pada kurun ke-4. Zaman pemerintahan Uthmaniyyah, gereja ini digunakan sebagai tempat menyimpan senjata dan gudang. Kini ia kembali sebagai muzium dan digunakan untuk konsert classical disebabkan bunyi acoustic yang mengagumkan.
Melalui pintu gerbang yang kedua pula kita akan terus masuk ke jantung istana di mana terletaknya pusat pentadbiran. Di halaman ini juga terdapat sebuah harem, yang menjadi tumpuan pelancong. Untuk ke Harem, bayaran tambahan TLR100 dikenakan kepada setiap pengunjung.
Kalau berminat dan nak mengetahui mengenai senjata yang digunakan pada era Uthmaniyyah, Imperial Treasury tempatnya. Di sini diperaga pelbagai jenis koleksi senjata yang digunakan. Ada beribu-ribu senjata yang digunakan hampir 1300 tahun. Ada senjata yang dibuat khusus untuk Sultan berhias sarat dengan batu-batu permata dan ada juga senjata tradisional Turki. Ada juga senjata dari Arab, India, Jepun dan dari budaya Eropah.
Dari situ, kami masuk ke Imperial Council Chamber, bangunan tiga tingkat yang terletak di tepi halaman. Di sinilah tempatnya ahli majlis akan bertemu empat kali seminggu dan mentadbir empayar Uthmaniyyah. Bilik ini juga memaparkan koleksi jam diraja.

Mungkin dalam banyak-banyak bilik muzium di dalam istana, bilik yang menyimpan khazanah rasul-rasul dan nabi-nabi menjadi tumpuan pengunjung Islam termasuk kami. Antara pameran-pameran yang ada termasuk bekas-bekas yang mengandungi dikatakan janggut Rasulullah SAW. Sebatang gigi baginda yang dikatakan tanggal dalam perang Uhud. Ada juga tapak kaki baginda, mantel dan pedang yang baginda pernah gunakan. Selain itu ada juga tongkat Nabi Musa, pedang Nabi Daud, talam (tray) Nabi Ibrahim dan jubah yang dipakai Nabi Yusuf. Lebih mengasyikkan lagi alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seorang qari sepanjang masa. Malang sekali, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar dalam muzium ini.

Lepas makan, kami decide nak jalan-jalan tepi sungai sambil tengok feri ulang alik bawa penumpang. Nampak orang berjualan roti Simit. Alahai teringin tapi perut dah penuh dan buat mental note, nanti nak balik ke bilik hotel baru singgah beli sekeping. Makan dengan sambal ikan bilis yang bawak dari Malaysia.
Ya…. Kami pun macam pelancong Malaysia yang lain, siap bawa sambal ikan bilis. Aku siap bawa dua jenis sambal lagi sebab tahu orang Turki tak makan pedas. Sambal ni sangat berguna di waktu tengah-tengah malam kalau tiba-tiba rasa lapar.
Dari situ, kami jalan kaki ke Spice Bazaar. Nak masuk kena melalui metal detector dulu. Orang ramai juga di bazaar ini. Macam biasa, kami pakai saja face mask, walaupun ramai yang sudah tak pakai face mask di Istanbul ni. Macam-macam jualan ada dalam bazaar ni. Aku aim serbuk sumac, dan hanya akan beli masa nak keluar dari Turki nanti.
Bukan setakat rempah ratus, banyak juga kedai-kedai yang jual turkish delights, barangan hiasan rumah, barang hiasan diri dan macam-macam lagi. Lebih menarik, ramai peniaga Turki yang boleh berbahasa Melayu semata-mata nak menarik pelancong Melayu dari Nusantara.
Seperti biasa suami aku tertarik dengan duta bazaar yang pakai kalung biru ni.

#atoknini #makcikwanderer #turki #turkiye #istanbul #topkapi #spcebazaar #rempah #rasulullah #janggut #pedang #daud #musa #ibrahim #backpackers #orangtuabackpackers