APA YANG MENARIK DI HAMAMÖNÜ

Share this article

Selasa: 22 Februari 2022

SELEPAS HABISKAN MASA di makam Ataturk, kami cuma nak habiskan masa jalan-jalan di bandar Ankara.

Teringin nak tengok Hamamönü Tarihi Ankara Evleri. Sebenarnya tak ada apa sangat di kawasan ni kalau nak dibandingkan di seluruh tempat-tempat menarik yang ada di Istanbul. Tapi, deretan rumah lama yang charming ni tetap menarik bagi aku.

Kawasan Hamamönü ni merupakan kluster bangunan rumah zaman Uthmaniyyah dan era Republican yang dijaga dengan baik. Jadi, kalau korang nak merasa berjalan-jalan di zaman Uthmaniyyah, bolehlah ke sini.

Kami turun di stesen Demirtepe sebab lat satu stesen aje ke Stesen Kolej, stesen paling dekat di hotel kami menginap. Memang sesat barat sikitlah nak ke sini, tapi sebab jalan santai-santai aje taklah terasa sangat. Macam biasa, ada dataran atau square di Hamamönü ni dan di tengah-tengahnya terletak sebuah menara jam.

Kalau musim panas mungkin ada banyak kedai-kedai di sekeliling square ni tapi sebab ini masih lagi musim dingin jadi yang banyak bukak ni cuma restoran-restoran dan kedai-kedai cenderahati di sini.

Rasanya kalau kita dah explore Istanbul dahulu mahupun Safranbolu, Hamamönü ni tak ada apa sangat. Tapi, bagi orang yang tidak ke Safranbolu, Hamamönü ni macam pengenalan mengenai rumah-rumah tradisional di Turkiye, terutama di wilayah ini.

Daya penarik di sini adalah restoran dan kafe yang cute yang mana korang boleh duduk sambil minum kopi Turki. Sambil-sambil tu boleh juga OOTD kat lorong-lorong yang comel juga.

Di sini juga ada Karacabey Historical Hamam pada sesiapa yang nak berspa atau cuba mandi hamam di sini pun boleh. Hamam atau bath house ni memang terdapat di kebanyakan tempat di Turkiye. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?

Sebenarnya kat sini terletak juga rumah penulis lirik lagu kebangsaan Turkiye, Mehmet Akif Ersoy. Jadi kalau korang tersesat kat sini, boleh aje melawat rumah beliau. Sebab kami pun hanya berjalan-jalan dan selepas ni nak pergi ambil baju yang dah basuh kat laundry, tak adalah misi nak cari rumah beliau.

Antara tempat yang menarik juga boleh melawat Musa Bey Cami dan Sarikadi Cami. Masjid Sarikadi ini merupakan satu daripada masjid tertua di Ankara, dibina pada akhir kurun ke-18. Masjid ini dibina oleh Mimarzade Esseyit Kamil Yahya Efendi. Dindingnya dibuat daripada tanah liat dan lebih menarik lagi, masjid ini tidak mempunyai menara.

Jadi kalau korang nak lihat senibina Uthmaniyyah, bolehlah melawat masjid ini di Hamamönü, Ankara. Lokasi masjid ni terletak berhadapan dengan dorm pelajar Hacettepe.

Di penjuru kawasan masjid ini terletakkan kawasan makam. Seperti masjid lama ini, makam inipun sudah berusia beratus-ratus tahun. Dikahabarkan makam ini adalah tempat bersemadi keluarga Mimarzade. Beri salam dan mendoakan kesejahteraan penghuninya. Semoga Allah merahmati roh-roh mereka yang terdahulu meninggalkan kita.

Sebenarnya kalau nak ke sini lebih mudah kalau turun di stesen metro Kurtuluş, sebab boleh jalan kaki ke sini dalam 10 minit (langkah orang Melayu yang tak berapa nak laju). Kalau korang dari arah Mamak, boleh naik bas no 220,221,330,339,340,341,353,383 dan375. Kalau dari arah Gölbaşı and Yenimahalle perlu ke Kizilay dulu dan naik bas no 220, 221 dan 383 untuk ke Altındağ dan rumah penulis, Mehmet Akif tu.

Puas sudah berjalan-jalan di sini, kami kembali ke metro untuk pulang ke hotel. Tapi, sebelum menapak balik ke hotel, kami kena singgah ambil baju-baju bersih yang dibasuh dan berkemas. Esok pagi-pagi sebelum Subuh kami dah kena ke lapangan terbang untuk ke destinasi seterusnya pula.

You might also enjoy

HTX 免翻墙【信:37378o805】代理注册下载 http://btcsos.com地址 大陆

【OKEX-App下载】40%+优惠注册【欧易OKEX-App下载】40%+邀请码38994898【Bitget-App下载】邀请码1il270%+优惠注册【BIKA币咔-App下载】70%+邀请码VVQT1B据王慧文透露,光年之外估值达2亿美元,下轮融资已有顶级VC认购2.3亿美元。3月8日,美团创始人王兴在朋友圈回应王慧文的宣言,宣布将以个人身份参与王慧文的创业公