AIR PANAS SEJUK KKB

Share this article

KUALA KUBU BARU, pekan lama tetapi banyak tarikan istimewa.

Dah lama memang berniat nak ke KKB ni tapi asyik tak kesampaian aje, jadi bila ada peluang, apa lagi terus start enjin terus ke pekan Kuala Kubu Baru.

Niat asal nak ke Sungai Chiling, tapi apakan daya bila sampai saja baru tau yang sungai ni ada hari dan masa yang dibuka untuk orang ramai.

Sungguh sedih bila tengok papan tanda sungai ni ditutup.. adeh!

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Memang tak ada rezeki kami rupanya. Terpaksalah cari tempat lain untuk beriadah. Tapi, tak apa sebab kat sini, jalan nak pergi ke Frasers Hill ni memang banyak tempat beriadah.

Memandangkan tak plan apa-apa, turun baliklah ke pekan KKB, asalnya nak cari makan. Tapi ternampak pula signboard Kolam Air Panas KKB. Huh, apa lagi.. sebab nak cari apa lagi tarikan yang ada, redah ajelah cari kolam air panas ni.

Tak berapa susah nak cari sebenarnya. Ikut saja signboard yang ada kat situ. Lalulah di jalan perumahan Taman Arif lepas tu masuk pula jalan kecil. Hati dah debar-debar, betul ke jalan yang aku ambil ni? Tapi sebab niat nak redah, jadi redah ajelah.

Kolam Air Panas KKB ni tak besar sebenarnya, tapi agak popular dengan penduduk setempat, terutama mereka yang berbangsa Cina dan India. Ini kerana air panas sulfur memang banyak kebaikan untuk kesihatan. Jadi, tak kira panas, hujan mereka akan datang ke sini untuk berendam air panas.

Sempoi aje kolam air panas ni tapi tempat ni bersih.

Kebersihan tempat ni memang terjaga. Kalau petang atau malam mungkin seronok berendam kat sini, tapi sebab kami sampai tengah hari lit-lit jadi panaslah. Nak rendam kaki dalam air panas pun rasa macam cuak aje. Takat celup-celup kaki bolehlah kut.

Tak pasti sama ada kena bayar atau tidak sebab masa kami masuk tu, kira main redah aje. Tak ada pula ada tabung atau orang kutip duit. Mungkin memang free entry kut.

Takut-takut nak tanya sidia ni, tapi sebenarnya mamat ni baik sungguh. Never judge a book by its cover tau.

Akhirnya tanya jugalah pada mamat badan bertatu ni. Risau juga takut kena sergah tapi sebenarnya orangnya baik. Kami tanya kalau ada tempat-tempat lain yang kita boleh lepak memandangkan dah sampai ke KKB, tapi dia tanya balik:

“Nak air panas ke sejuk? Sini ada air panas sejuk.”

Heh?

Dipping my feet in the warm water.

Kawasan berbukit di sini memang kaya dengan alam sekitar. Hutannya masih tebal dan air sungainya masih jernih. Bukan setakat itu saja, terdapat satu lagi lokasi air panas yang masih terjaga elok.

Makanya kalau korang nak cari air sungai yang dingin, boleh aje ke Sungai Chiling. Kalau dulu orang berduyun ke Kampung Pertak untuk mandi air sungai, kali ini boleh aje ke Sungai Chiling tapi check dulu hari-hari ia beroperasi. Sebab sungai ni dah terkenal, bila hujung minggu kawasan ini memang ramai orang. Tapi, jangan bimbang, ada tempat untuk meletak kenderaan yang luas.

Jadi bila kat Chiling dah penuh, korang boleh kembali ke Kampung Pertak. Kat sini pun cantik air terjunnya. Cuma hati-hati kalau datang musim hujan, takut berlaku fenomena kepala air. Bila nampak air berbuih dan menderu kemudian diikuti sampah macam ranting atau batang pokok, cepat-cepatlah keluar dari sungai, takut-takut berlakunya fenomena kepala air.

Tempat letak kereta yang disediakan agak luas dan selesa.

Kat Kampung Pertak ini pun ada tempat meletak kenderaan yang agak luas. Ada juga tempat salin pakaian disediakan. Cuma bila masuk ke kawasan ini, bagilah sumbangan RM1 sekepala kepada penduduk kampung yang menjaga kebersihan rekreasi ini. Kalau bagi lebih pun tak apa, sama-sama membantu.

Tak susah nak cari tempat perkelahan Kampung Pertak ni. Cuma ikut signboard tulis Kampung Pertak dan masuk terus ke dalam. Terus saja sampai nampak seperti pondok kecil dan palang laluan.

Biasanya palang laluan ini terbuka. Boleh terus memandu masuk sampai jumpa tempat letak kereta dan pondok untuk salin pakaian.

Cantik kan air terjun kat Kampung Pertak ni?

Yang penting tolong jaga kebersihan. Kalau nak BBQ di sini pun boleh tapi dinasihatkan supaya jangan tinggal sampah korang kat sini. Kutiplah semua plastik dan bekas sampah. Bawak balik dan buang betul-betul dalam tong sampah.

Masa kitaorang sampai kat sini, memang rasa sedih sebab tengok ada banyak juga longgokan sampah yang ditinggalkan. Buat BBQ pandai tapi tak pandai nak bersihkan bekas-bekas BBQ tu. Sampai plastik roti pun ditinggal macam tu aje. Nanti kalau dah kotor, kena kencing tikus baru lah terhegeh-hegeh masing-masing nak kompelin nak kutuk bagai.

Dah penat membebel, ni ada satu lagi tempat yang nak bagitau. Kalau ada rasa kembara yang tinggi dalam jiwa, boleh trekking kat sini dan teruskan pencarian untuk satu lagi kawasan air terjun yang dinamakan Lata Medang. Kami tak adalah nak trekking ke sana sebab pergi pun main terjah aje.

Trekking nak masuk ke dalam tu mau ambil masa berejam-rejam. Kiranya 6 KM masuk ke dalam. Kalau ikut average masa orang berjalan tu mungkin dalam 3 jam baru sampai ke lata ni.

Memang aman dan tenang aje kat sini

Lepas dah main air sejuk, kami turun semula ke pekan Kuala Kubu Baru nak cari makan. Pekan KKB ni memang la otai aje. Wayang pun tak ada, tapi syok juga jalan-jalan kat sini sebenarnya. Memang aman dan tenang aje.

Kalau nak berbasikal kat KKB ni pun boleh sebenarnya sebab pekannya tak sibuk sangat. Tapi sanggup ke angkut basikal semata-mata nak berbasikal kat pekan ni? Kalau KTM-Komuter benarkan, boleh aje angkut basikal lipat, dan berbasikal keliling pekan, kan? Kalau kat kampung-kampung di UK, memang selalu orang buat. Angkut basikal naik tren lepas tu berbasikal-la puas-puas kat kampung yang dipilih.

Keadaan pekan yang tak sibuk sangat.

Sebenarnya ada banyak tempat makan kat KKB ni yang korang boleh pilih. Kalau nak makan asam pedas, tempat yang terkenal di sini, pastinya Dataran Kuala Kubu Bharu. Kat sini memang lubuk asam pedas.

Ada banyak jenis asam pedas yang korang boleh pilih. Antaranya asam pedas ikan siakap, tetel dan udang galah. Harga bagi udang galah bergantung kepada harga pasaran iaitu antara RM25 hingga RM40. Lokasi pun tak jauh dari stesen KTM Komuter Kuala Kubu Bharu. Boleh jalan kaki saja dari stesen komuter atau naik bas percuma Smart Selangor dari stesen komuter yang akan melalui depan Dataran KKB ini.

Mi kari ni nampak menyelerakan

Kalau rajin cari, memang banyak sebenarnya tempat makan di KKB ni. Kalau suka makanan mamak, ada saja kedai-kedai mamak kat situ, kalau nak cari makanan Melayu memang melambak. Tepuk perut tanya selera.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Sambil pusing-pusing pekan KKB ni ternampak deretan bangunan kayu lama kat tepi jalan. Tengok gayanya macam berek lama KTMB, sayang betul ditinggal kosong sebab bangunan asasnya masih kukuh. Kalau dibuat rumah persinggahan ke homestay ke, laku aje.

Yalah, walaupun KKB ni kedudukannya dekat dengan Frasers Hill, apa salahnya ia juga dijadikan destinasi pelancongan. Seronok betul dapat dekat dengan pokok-pokok yang merimbun dan sungai-sungai yang mengalirkan air yang sejuk. Jadi weekend getaway pun laku gak KKB ni.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Destinasi seterusnya, kami cari satu lagi lokasi air panas. Kedudukannya agak terkeluar dari pekan KKB. Kat sini, air panas dan air sejuk sebelah menyebelah aje. Rasa badan tu dah segar kena air panas, boleh aje kalau nak berendam dalam sungai yang jernih pekena air dingin pula.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Tempat rekreasi ni agak ke dalam sikit. Kolam Air Panas Kerling ini popular di kalangan penduduk tempatan. Tempat ni agak tersorok sikit, apatah lagi jalan nak ke sini memang sempit. Kiri kanan dipenuhi dengan pokok yang tinggi-tinggi. Jadi, apabila memandu, bukan saja perlu berhati-hati tapi bunyikan hon sekali-sekala sebab kita memang sukar nak lihat kenderaan dari arah bertentangan.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Kolam air panasnya itu, dikepung dengan tembok konkrit dan pengunjung boleh aje mandi atau berendam menikmati wap panas di situ sampai berpeluh. Dah berpeluh-peluh tu boleh terus terjun dalam sungai nak menikmati air dingin pula.

Air sungainya cetek jadi memang sesuai kalau nak bawa budak-budak berendam waktu hujung minggu dan cuti sekolah. Bila dah penat berendam boleh pula berehat di wakaf-wakf yang disediakan dan dijaga oleh Majlis Daerah Hulu Selangor ni.
Tak jauh dari situ, ada pula peralatan untuk bersenam. Memang tempat ni cukup serba serbi. Kalau nak berendam boleh, nak piknik boleh dan nak beriadah pun boleh. Kawasannya bersih dan terjaga.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Lepas beriadah di Kolam Air Panas Kerling, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, ternampak inilah pula.

Jambatan gantung yang memang jarang dapat dilihat. Ini Jambatan Dato G Palanivel. Tak tahu jambatan ni menghala ke mana. Seram juga sebab kiri-kanan tu pokok lalangnya dah macam sama tinggi dengan orang dewasa. Tapi, tempat ni memang boleh dijadikan lokasi untuk gambar-gambar instagram. Rustic dan unik.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Selesai jalan-jalan KKB ni boleh la cari cendol tepi jalan sementara nak tiba ke KL.

#KKB #KualaKubuBharu #FrasersHills #FrasersHill #weekendgateaway #HuluSelangor #pekan #GPalanivel #hotspring #airpanas #Kerling #airpanaskerling #hotspringkerling #SungaiChiling #Pertak #LataMedang #asampedas #asampedastetel #asampedasudang #datarankkb

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…