ADA APA DENGAN PUSAN?

Share this article

TAK SAH RASANYA kalau ke negara lain, tapi tak ke bandar lebih kecil. Kali ini kami pilih untuk ke Pusan atau Busan. Kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta api dari Seoul ke Busan.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Bandar ini dulu terkenal sebab menjadi tuan rumah untuk Asian Games 2002. Sekadar berjalan-jalan sekeliling bandar yang sangat banyak kedai jual segala jenis gajet tapi jangan haraplah nak membeli telefon bimbit di sini walaupun aku pakai jenama Samsung sebab sistem yang digunakan tak sama dengan sistem yang kita guna di UK atau di Malaysia. Setakat nak jadikan mainan tak berguna tu bolehlah.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Akhirnya kami buat keputusan untuk melawat kuil atas bukit yang terkenal di Busan. Apa ke hal lah tiga perempuan Melayu Islam ini melawat kuil Buddha atas bukit. Tapi tak apalah, in the spirit of camaraderie kami mencari jalan ke kuil atas bukit. Ha ha ha… sebenarnya kuil ni disenaraikan sebagai tempat patut dilawati di Busan lalalalala.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

​Huh! Turun aje dari bukit, perut masing-masing dah berdondang sayang. Sebabnya, masing-masing dok makan roti sebagai breakfast jadi dah tiba nak kunyah nasi pula.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Di terminal bas di Busan, ada satu kedai makanan Korea yang menunya ditulis dalam bahasa Inggeris.

Tanpa mengharapkan apa-apa dari segi kesedapaan, kami pun masuk. Yang penting kami tahu apa yang kami makan. Itu sangat penting. Tapi kami memang tak haraplah makanan itu akan menjadi tersangat sedap.. Rupa-rupanya masuk tanpa harapan rasa makanan itu menjanjikan sesuatu yang sangat indah.

Rasa makanan yang dihidangkan adalah sangat sedap. Terlalu sedap sampai ada orang masuk angin dalam perut, dan yang selebihnya makan macam tak nak angkat muka.
Akhirnya untuk menunjukkan kami sangat appreciate makanan mereka, kami mengambil gambar dengan tuan punya kedai yang boleh juga berbahasa inggeris sikit-sikit. Aku? tukang ambil gambar pun jadilah…

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Tapi ada satu insiden yang tidak boleh dilupakan oleh semua jemaah yang ke Busan. Berangan naik bas open top city travel. Tengok suhu katanya 8C aje. Ah! Okeylah kan duduk atas. Perkh! Rupa-rupanya tulis aje 8C rasanya macam -80C. Gila sejuk! Tapi sebab nak buat endurance test aku tak turun bawah. Biar sejuk, biar beku… aku akan tetap tahan. Akhirnya, aku dah tak boleh rasa sepuluh-sepuluh jari lagi. Kebekuan.

Dan pemandu bas buat gila bila lalu jambatan di pinggir laut. Dia bawak laaajuuu.. sampai aku rasa tudung macam nak terbang dan aku-aku sekali macam nak terlompat keluar dari bas. Nasib baik beku, jadi keras macam patung cendana kat atas hahahaha.Akhirnya kami dapat ‘cairkan’ diri kat restoran Filipina. Sampai mintak owner tolong halakan heater ke arah kami.
#travel #southkorea #koreaselatan #seoul #pusan #busan #food #foodporn

You might also enjoy