ADA APA DENGAN KAMU??

Share this article

MEMANG SUDAH LAMA sangat tak menulis. Sejak mula bermaustatin di negara sendiri dan Borneo sekejap, sudah tak ada hati nak menulis balik. Tak kiralah buku, blog atau apapun. Rasa untuk menulis memang sudah hilang.

Maka, ini percubaan untuk menulis kembali. Untuk cuba-cuba, sama ada rasa itu akan kembali. Sama ada masih boleh menulis dari hati atau tidak.

Kali ini aku nak menulis apa yang aku rasa mengenai filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2).

Hampir 14 tahun dahulu aku disogok dengan kata-kata ini: “Cerita ini best Mat, aku tengok ulang-ulang”, jadi demi persahabatan, aku pun sama-sama menonton cerita AADC, cinta versi anak-anak sekolah Menengah Atas – antara Rangga (Nicholas Saputra) dan Cinta (Dian Sastrowardoyo). Ulang-ulang juga.

Mungkin waktu itu jiwa aku agak ke lain maka filem AADC ini bukanlah filem favourite aku, sekadar menonton menemani seorang sahabat. Tapi, seperti ramai orang yang meminati filem ini, bait-bait puisi yang dilantunkan oleh Rangga memang memikat jiwa.

Memang tidak dapat dinafikan, plot cerita memang menarik walaupun ia sebenarnya agak ringkas, namun ia diolah dengan baik. Itu belum lagi soundtrack filem yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw (tajuk sama dengan tajuk filem) dan juga perkara-perkara teknikal berkenaan perfileman yang lain yang disusun dengan baik.

Sequel AADC2 memang sangat dinanti selepas aplikasi Line buat filem pendek yang memaparkan kedua-dua watak utama filem AADC. Promo Line berjaya kerana filem pertama AADC tidak memberi penutup atau ending kepada penonton.

Ia tamat di lapangan terbang ketika Cinta mengucapkan (mengucup) selamat tinggal kepada Rangga yang mengikut ayahnya ke luar negara. Maka, penonton mahukan penutup atau closure kisah cinta mereka.

Bukan setakat itu sahaja, ia mengisahkan juga persahabatan yang sangat akrab yang terjalin sejak AADC antara Cinta dengan Carmen, Maura dan Miley… dan seorang lagi kalau kau orang ingatlah siapa seorang lagi tu.

AADC2 kiranya tepat mengikut citarasa peminat AADC. Setiap persoalan yang belum selesai, ditamatkan di sini. Ada yang secara ringkas dan ada yang lebih teliti. Sudah pasti hubungan antara Rangga dan Cinta diutamakan dan selebihnya hubungan antara Rangga dan ibunya.

Persoalan yang ditekankan dalam AADC2 ini adalah supaya individu itu bersikap jujur bukan sahaja pada dirinya tetapi yang lebih penting kepada orang yang dia sayang dan menyayangi individu itu. Seperti ibu yang meninggalkan Rangga tanpa sebab (tidak diberitahu) begitu juga Rangga meninggalkan Cinta yang tertanya-tanya apa salah dia sehingga Rangga terus senyap dan pergi macam itu saja.

Seperti AADC, kekuatan AADC2 juga pada dialognya. Aku tak nak bagi spoiler tapi cukuplah dengarkan dialog antara Rangga dan Cinta ketika mereka bertemu sekali lagi. Jelas, kedua-dua mereka memang sudah matang ketika meluahkan rasa hati masing-masing (tak macam telenovela Malaysia… skrip memualkan dan kebudak-budakan sangat!). Cinta juga sudah tidak terkinja-kinja macam dulu tapi mainan memek wajah ketika Rangga cuba memujuk memang manis dan comel jugalah. Rangga…

Rangga masih moody dan handsome haha! Walaupun beliau sudah menjadi usahawan (mempunyai sebuah cafe) yang boleh dianggap berjaya di Big Apple sana. Belum lagi beliau sebagai er… penulis. Wow! My kind of guy. LOL

Secara ringkasnya, Cinta dan kawan-kawan ke Jogyakarta untuk berehat sambil meraikan seorang kawan, membantu kawan yang lain sambil melihat hasil kerja seniman Eko Nugroho. Sementara Rangga ke sana atas sebab tertentu.

Bila aku dapat tahu yang latar dibuat di Jogyakarta, aku jadi teruja. Almaklumlah sudah menjejakkan kaki di sana, maka aku menunggu latar-latar tempat yang pernah aku lawati seperti Borobudur, Prambanan atau Merapi. Namun sayang, tidak ada satupun latar yang aku familiar.

Malah, villa tempat Cinta dan rakan-rakannya tinggal selama di Jogyakarta pun tidak dinyatakan dengan jelas. Yang ada hanya latar di sebuah gereja lama dengan menara bentuk ayam (burung?) di Bukit Punthuk Setumbu.

Akhirnya, persoalan ini dijawab oleh Rangga yang menerangkan perbezaan antara pelancong dan pengembara. Jadi, fahamlah kenapa tempat-tempat wisata terkenal tidak dijadikan latar.Hal-hal lain yang menarik dalam AADC2.

Motto Jogyakarta yang sentiasa membuat cameo (kena buka mata luas-luas nak cari dan baca. biasanya ia ditulis di kemeja T) – Jogja Ora Didol – Jogja bukan untuk/tidak dijual.

Kedai kopi unik – Kalau di Malaysia, mungkin dikenali sebagai kedai kopi hipster kut. Yang uniknya di kedai ini, sekiranya anda pelanggan baharu, anda mungkin terpaksa berdiri mendengar syarahan daripada si pembuat kopi mengenai jenis-jenis kopi tempatan dari kebun Bu Nur. Ini antara babak yang aku suka di mana Cinta mengenakan Rangga.

Teater boneka. – Tak tahupun di Yogyakarta ada petunjukan teater boneka yang sangat menarik. Lain kali kalau ke Yogyakarta perlu cari teater boneka ini. Memang sangat-sangat menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=Kpv_jeplaBE

Rap Jawa – Aduh, ini yang memang sangat mengujakan aku ketika menonton AADC2. Tengok Cinta dan kawan-kawannya pun enjoy dengar rap Jawa dari Marzuki Mohamad yang rap lagi “Ora Minggir Nabrak” dalam bahasa Jawa.

Tapi memang tidak dapat disangkal Yogyakarta memang tempat yang menarik, romantik bagi peminat sastera dan runtuhan kuil lama.

#review #reviewfilem #filmreview #adaapadengancinta2 #aadc2 #jogjakarta #indonesia #teaterboneka #rapjawa #jogjaoradidol #jawa #filemindonesia #rangga #cinta

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…