A MAK ‘CHICK’ BIKER

Share this article

Jumaat: 25 Februari 2022

BIASANYA KALAU HARI Jumaat, memang kami akan kurangkan aktiviti berjalan-jalan di Turkiye ni. Sengaja buat macam tu sebab nak bagi peluang kat atok bersolat Jumaat dengan jemaah-jemaah di sini.

Kebetulan dekat apartmen yang kami inap sepanjang di Izmir ni, ada sebuah masjid yang besar juga. Jumlah jemaahnya pun agak meriah. Atok kata siap ada bazaar kecil di perkarangan masjid. Tempat orang bersedekah makanan di hari Jumaat.

Jadi pagi tadi sebelum menunggu masuk waktu zohor, kami ke Basmane Gari untuk cari tiket balik ke Istanbul. Tapi, malang sungguh, tiket kereta api ke Istanbul semuanya dah habis, Untuk tiga hari pun dah tak ada. Atok dah mula nak panik. Jangankan dia, aku lagilah dah nak panik habis ni.

Menyesal pula tak beli tiket kereta api siap-siap untuk ke Istanbul, sebab ramai yang kata tok sah kalut, tiket kereta api banyak.. Alahai… lain kali ikut rasa hati tu, jangan dengar sangat cakap orang hahahaha..

Akhir sekali, aku beli tiket kereta api ke Eskisehir. Untuk dari Eskisehir ke Istanbul, kita fikir kemudian. Pening dah aku nak fikir. Sebabnya masa tanya kat kaunter tiket tu, belakang aku ni dah ramai beratur. Tak pe hari ni kita jangan fikir apa-apa. Kalau tak ada kereta api, kita naik bas aje nanti.

Hari ni pun aku ingat nak mendobi lagi, biar makin kurang baju-baju kotor. Memang santai ajelah selepas jam 11 pagi tadi. Nasi pun aku dah tanak. Kali ni aku jaga api. Yelah, selama ni aku masak nasi dalam rice cooker kan, dah lama tak masak nasi manual dalam periuk atas hotplate ni. Ayam yang tinggal beberapa ketul tu pun aku goreng guna rempah sumac sikit, campur rempah instant yang kami beli kat supermarket kelmarin.

Makan nasi, ayam goreng guna keju sulam dengan salad. Nasib sambal cili pedas berdentum dentam ada lagi, bukaklah selera sikit. Ayam goreng dengan keju tak berapa sedap weh,.Tak kisahlah asal kenyang kami berdua. Memang santai habis, sambil tengok tv. Ada lagi masa untuk atok bersiap pergi solat Jumaat.

Yang penting, semalam atok dah berbelanja sakan untuk diri sendiri. Dia beli helmet motor. Aku nak kata ‘NO’ taka sampai hati jadi aku kata, kita boleh beli tapi dia yang kena heret topi keledar dia sendiri.

Nak beli topi keledar pun kena pastikan mengikut piaiwan yang setanding dengan piaiwaian Sirim Malaysia. Kalau nak semak, boleh klik sini .

Sebelum tu, bagi aku melaram dengan topi keledar dia ni.

You might also enjoy