UNDANGAN TETAMU ALLAH IV

Share this article

Ke Shopping Complex.

Memandangkan kami di opposite side dari pintu utama, maka kami jarang menjelajah di bahagian situ. Selalunya kami hanya berlegar-legar di kawasan Masjid Kucing untuk membeli makanan atau barang-barang keperluan yang lain.

Tapi, ada teringin juga hendak menjelajah di kawasan pintu masuk utama King Abdul Aziz. Jadi lepas solat asar, aku, akuatik dan mimi ke sana untuk tengok apa yang hype dan happening sangat kat kawasan ni.

Memang sepanjang aku berada di masjidil haraam, tumpuan aku terbahagi antara Kaabah dan bangunan tinggi menjulang di belakangnya. Asyik tertanya-tanya mengapa bangunan sebegini tinggi dibina tidak jauh dari masjidil haram? Untuk siapa bangunan-bangunan tinggi dan gah serta mewah ini dibina? Sedangkan jemaah haji atau umrah bukanlah majoritinya di kalangan orang kaya-kaya. Aku bukan anti-establishment atau anti pembangunan tetapi pembangunan yang sebegini sangat tak sesuai di Tanah Haram.

Segregation antara yang kaya dan miskin memang jelas kelihatan. Jurang yang bagi pendapat aku, semakin melebar dan menindas orang-orang miskin, tidak kiralah rakyat Saudi atau mereka yang mencari rezeki di bumi ini. Nauzubillah! Laknat Allah pada pemerintah yang menindas!

Sebaik saja keluar dari pintu, mata tertancap ke Menara Zam-Zam, melihat jam besar jenama Omega yang menyerikan bangunan gah di hadapan mata. Dalam hati aku beristighfar. Perlukah semua ini? Bukankah Makkah al Mukarramah ini untuk semua orang Islam? Bukankah ihram itu simbolik kesamarataan darjat di antara kita? Hanya amal saja yang meletakkan darjat kita lebih tinggi di mata Allah. Hotel 5 bintang As-Safwah menggamit pandangan. Teringat seseorang yang mencari rezeki di situ. Semoga Allah merahmati beliau. Barulah aku dapat melihat betapa gahnya tempat beliau bekerja mencari rezeki, tapi aku tidak berniat untuk pergi berziarah beliau di situ kerana kami wanita. Rasanya tidak manis untuk aku pergi ke sana semata-mata untuk menziarahi beliau.

Melangkah masuk, kami berlegar-legar di dalam. Perut yang sememangnya kosong minta diisi. Nampak Ayam Taza (dulu pernah ada Taza di KL tapi dah tutup). Ingatkan boleh duduk makan di dalam restoran, tapi rupa-rupanya kena beli take away. Hurmm… nak makan apa ye? Tengok harga, aduh! Telan air liur pahit. Fikir punya fikir, kami buat keputusan kita makan Ayam Broast. Ingatkan Ayam Broast tu Roast Chicken tapi rupa-rupanya ayam goreng saja. Beli yang set dan kami duduk makan bertiga ala-ala piknik di dataran menghadap pintu masuk King Abdul Aziz.

Di situ juga kami kenal kedai jual donut House of Donuts yang sedap dan punya 150 cawangan di dalam Kingdom ? Tapi, lagi sekali harga satu donut itu … ya ampun!! SR4 hingga SR5. Kalau kat Greggs, harga satu donut tak sampai pun £1. Setakat 60p hingga 80p satu. Malam terakhir di Makkah, kami ke shopping complex Abraj Al Bait pula. Hendak melihat keadaan dalam yang posh itu. Dari jauh aku sudah dapat melihat kedai kopi terkenal Starbucks. Sekali lagi aku beristighfar. Yahudi sudah menapak di dalam Haraam. Perlu apa diperang orang Yahudi lagi kalau mereka sudah dijemput ke dalam Haraam?

Berpusing-pusing kami di dalam pusat membeli belah mewah itu. Nampak jenama-jenama yang biasa ditemui di UK dan Glasgow. Misi orang tak ada kerja – kami masuk ke kedai menjual beg dan kasut kulit. Mencari sekiranya ada kasut-kasut yang dibuat menggunakan kulit babi. Butik Aldo menjadi sasaran kami kerana biasanya barangan jenama Aldo memang banyak menggunakan kulit khinzir. Satu demi satu kami belek, hanya satu yang kelihatan agak was-was. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Semoga Allah melaknat mereka yang lalai dan menindas!

Sungguh! Melihat sekitar kawasan yang mewah itu sungguh menyedihkan aku. Berapa peratuskah jemaah haji dan umrah yang mampu tinggal di hotel-hotel mewah dan membeli belah di butik-butik mahal? Mengapa mereka yang mampu ini diberikan lebih kesenangan sedangkan jemaah yang mengumpul duit separuh hidup untuk datang ke sini beribadah seperti dianak tiri dan tinggal jauh dari masjidil haram? Mengapa mereka yang kurang mampu ini tidak diberi kesamarataan hak untuk tinggal tidak jauh dari masjidil haram?

Melihatkan jemaah-jemaah dari Turkey sangat-sangat menginsafkan kami. Entah di mana agaknya hotel-hotel mereka kerana bas-bas mereka sering menunggu tidak jauh dari hotel kami. Bayangkanlah sudahlah berjalan kaki hampir 1 kilometre dari masjidil haram ke lokasi bas yang menunggu, terpaksa pula meneruskan perjalanan dengan bas ke hotel mereka. Jauh sungguh kan? Semoga Allah merahmati semua jemaah Turkey yang kuat semangat mereka kerana sanggup berpenat lelah saban hari untuk beribadah di masjidil haram.

Tapi, itulah. Mereka mengumpul saham akhirat. Setiap langkah mereka akan dihisab dan diberi ganjaran di sana. Lagi jauh perjalanan lagi banyak pahala yang mereka kumpul. Teringat kisah Rasulullah s.a.w yang ustaz cerita tempoh hari. Oleh kerana dekatnya rumah Rasulullah s.a.w dengan Kaabah, beliau akan mencari jalan jauh sebelum tiba di hadapan Kaabah, hanya semata-mata hendak mencari ganjaran lebih. Bila teringat kisah Rasulullah s.a.w ini, kami rasa puas sangat sebab diberi peluang duduk agak jauh dari Baitullah. Semoga setiap kerikil, pasir dan angin menjadi saksi langkah kami setiap waktu ke Baitullah.

Teguran Terakhir dan Lambaian Terakhir

Untuk Subuh yang terakhir, kami bersolat di bahagian bawah. Semoga tiang-tiang besar dan lelangit indah yang diterangi cahaya dari lampu-lampu di dewan solat menjadi saksi kami bersolat di sini. Pandangan Kaabah aku dilindungi tiang-tiang yang besar tapi aku tetap gembira. Aku tak mahu merebut multazam atau pancur emas atau maqam Ibrahim sebab kata-kata seorang makcik yang diulang oleh Akuatik kepada aku benar-benar menginsafkan.

Kita berada di dalam masjidil haram, di mana-mana pun doa kita ini mustajab (InsyaAllah) bukan setakat di multazam saja. Yep! Aku setuju! Allah menegurkan dengan lembut dan manis sekali. Sebelum perjalanan ke sini, mak selalu pesan supaya jaga hati, kata-kata dan perbuatan. Sungguh! Dia memang kenal dengan anak dia yang sukar menjaga hati dari terdetik perkara-perkara yang bukan-bukan. Dan kerana sukarnya menjaga detik hati, entah berapa kali agaknya aku bersolat sunat taubat. Elok saja salam, aku kena bangun dan solat taubat sekali lagi huhuhu. Tapi, Alhamdulillah, aku tidak diduga dengan dugaan yang sukar. Atau mungkin aku yang redha dengan apa yang berlaku sepanjang aku berada di Makkah.

Atau mungkin segala yang payah sudah aku rasai beberapa hari sebelum berangkat ke kota Makkah. Dompet hilang seolah-olah membersihkan rezeki aku. Jari terluka dengan darah yang menitis tanpa henti seolah membersihkan darah aku sebelum menjejak kaki ke kota Makkah. Mungkin juga kepayahan yang dialami untuk mendapatkan suntikan menangitis, mengambil ubat dan kesibukan sebagai pelajar dibayar kemudahan beribadah sepanjang kami di sana.

Tapi itulah, kadang-kadang kita lupa menjaga detik hati dan kata-kata. Malam terakhir di Makkah, aku mengadu kepada Akuatik, jemaah Malaysia tidak friendly. Hendak senyum pun serba salah dibuatnya, apatah lagi hendak berbual panjang. Masing-masing seperti menjaga privasi sendiri. Selesai solat pun kita tidak bersalam-salaman sedangkan sesama kita sudah biasa bersalaman dan berpelukan (apatah lagi dengan adik-adik yang sama-sama berusrah).

Tapi, macam aku katalah – Allah menegur aku dengan lembut dan sangat-sangat manis sampai air mata aku turun tanpa mahu berhenti. Allah menegur aku dengan memperkenalkan aku dengan seorang makcik yang sangat baik. Kami bercerita panjang. Aku dengan makcik tu sebab akuatik pergi nak tengok jenazah-jenazah yang diusung keluar dari masjidil haram selepas selesai solat subuh dan jenazah. Subhanallah! Aku yang berburuk sangka sebenarnya.

Makcik tu memang sangat baik sampai dia berkongsi du’a dengan aku. Banyak cerita yang dia kongsi dengan aku dan aku pula entah kenapa begitu mudah berkongsi cerita pahit manis tinggal di UK, tentang perit jerih bekerja sambil belajar, tentang rindu aku pada arwah abah dan emak sampai air mata turun dengan deras. Sebelum berpisah, dia peluk kami dengan erat. Subhanallah! Lembut sekali teguranMu pada aku. Kami terus bergerak ke dataran Kaabah untuk melakukan tawaf wida’. Sekali lagi aku tak rasa sayu untuk tinggalkan Baitullah.

Aku berfikiran positif yang suatu hari nanti aku akan ke sini lagi. Aku tak ucapkan selamat tinggal, bukan adieu (goodbye) tapi au revoir (see you later). Ya Allah, InsyaAllah aku akan ke sini lagi ? Pasti! p/s – malam sewaktu mengemas barang-barang dan bersedia untuk ke Madinah, aku perasan ada taik burung pada telekung aku. Ahaks! Itulah, tegur lagi burung-burung yang terbang di dataran luar Baitullah. Tapi mak kata, kalau diberak burung maknanya akan ke sana lagi. InsyaAllah, sudah mohon Allah jemput sekali lagi untuk Haji

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…