UNDANGAN TETAMU ALLAH II

Share this article

USAI SAHAJA SOLAT subuh dan solat jenazah, kami berkeputusan untuk pulang ke hotel. Badan masing-masing memang sudah terlalu letih dek perjalanan yang panjang. Masa itu, aku memang sudah tidak ingat nak cari sarapan sebab dalam kepala cuma nampak katil saja. Lagipun kami tak tahu mana nak cari sarapan di kota Makkah ini. Belum mampu nak explore kawasan penginapan untuk mencari kedai jual sarapan pagi.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Tiba di hotel, salin baju dan masuk bawah gebar. Tidur nyenyak hingga jam 11am. Ya Allah! Nikmat sungguh tidur bila badan letih. Lega juga sebab mampu menyelesaikan ibadah umrah dalam masa beberapa jam dan seterusnya bertahlul. Jadi, lepas bangun tidur, kami bersiap kembali ke masjidil haram untuk solat zohor.

Melangkah masuk kembali ke bahagian solat di masjidil haram, mata aku terpaku sekali lagi ke arah Kaabah. Matahari tengahari memancar terik sehingga payah untuk dibuka. Tidak ramai orang bertawaf waktu ini. Bagi mereka yang sudah biasa dengan terik matahari mungkin tidak merasa apa-apa tapi bagi aku yang baru tiba, harus menyesuaikan diri dengan panah matahari yang memancar terang begini. Alhamdulillah kami berpeluang ke sini dalam musim bunga, kalau musim panas.. aduh! Mesti lebih mencabar. Mata tak henti memandang kaabah tapi perasaan sayu tetap tidak terbit dalam hati. Aku masih lagi rasa kagum dan tidak percaya. Aku? Aku jadi tetamu Allah? Memang rasa tak percaya.

Macamana aku ni boleh ada kat sini? Tiba-tiba aku rasa sangat-sangat happy. Tak tahu macamana nak describe perasaan gembira aku. Bukan gembira nak ketawa kuat-kuat, bukan gembira yang aku dah berjaya datang ke Makkah, tapi lebih kepada rasa gembira dan yakin sangat-sangat yang Allah sayang aku! Masa tu aku rasakan personal connection aku dengan Allah sangat-sangat kuat. Bukan sebelum ini aku tak yakin yang Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim tapi kali ini rasa itu terlalu peribadi.

Hari 3

Masih lagi duduk merenung kaabah dari tingkat atas. Nampak gaya tempat solat di sini jadi tempat feveret aku. Tak ramai yang berada di sini. Mungkin ramai yang ingin duduk di multazam tapi di atas ini aku rasa tenang dan damai. Setiap kali datang ke masjid, inilah tempat pertama yang kami tuju. Aku tak berapa suka berasak-asak untuk bersolat. Di mana-mana pun sama saja. Bukankah kami sedang berada di masjid mengelilingi kaabah?

Hari ini barulah hati aku rasa sayu berada di sini. Pagi tadi selesai solat Subuh dan taubat, aku panjatkan doa panjang untuk arwah abah. Rasanya air mata memang sangat-sangat murah di sini. Menitik tanpa henti. Teringatkan mak, teringatkan dosa-dosa sendiri. Tapi, memang lebih teringatkan pada arwah abah. Terasa sangat-sangat rindu pada arwah. Apatah lagi sebelum ke Makkah, aku pernah meminta pada Allah moga ditemukan aku dengan abah di Makkah. Ya Allah! Maha besarMu, permintaan aku dikabulkan.

Subhanallah, sejak awal pagi tadi, bukan satu tapi lebih 10 ‘abah’ aku temui. Dari abah waktu muda hinggalah abah yang aku ingat waktu di KLIA menghantar aku buat kali terakhir, empat tahun yang lalu. ‘Abah’ dari Indo, dari Tanah Arab dan lebih ramai dari Turkey. Susuk tubuh, gaya mereka mengenakan ketayap, seluar dan cara berjalan memang macam arwah abah. Sepanjang-panjang jalan ke Masjidil Haram dan pulang, aku cuma mampu tersenyum dan bertasbih dalam hati. Puas!

Hari 4

Ustaz bawa kami berziarah dan juga bermiqaat di Masjid Sayyidatina Aisyah di Tanaim. Ziarah bermula awal pagi, jadi sebaik saja selesai solat Subuh, kami terus bergegas pulang untuk cari makanan sarapan pagi. Cik Mimi bawa kami ke sebuah restoran India dan beli roti naan dengan kari ayam dan kacang kuda.Tinggi rupanya kos hidup di sini. Satu tub kari dengan seketul ayam dan dua roti naan harganya sudah SR6. Entah, mungkin sebab kami dari UK, melepasi unit 2 itu sudah dikira mahal. Tapi yalah, kalau tak convert, makan pagi itu yang dikongsi 3 orang, cuma mungkin dalam £1.20 aje.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Destinasi ziarah kami yang pertama adalah Jabal Tsur. Oh! Yang pasti kami tidak mendaki. Setakat berhenti di bawah dan mengambil gambar dari situ saja. Ustaz kata kalau mendaki, mungkin mengambil masa 2-3 jam. Itupun sekiranya mendaki laju. Kalau lambat, hurrmmm… sampai maghrib tak tentu turun lagi.

Ia dikenali sebagai Tsur sebab bentuk bukit tersebut seperti belakang lembu jantan. Dari Jabal Tsur, kami menghala ke Arafah. Ustaz beri penerangan tentang pembesaran Masjid Namirah terkeluar dari Arafah. Jadi berhati-hati selepas solat Zuhr dan Asar di situ. Jemaah Haji harus memastikan mereka berada di Arafah waktu wukuf. Kalau tak Haji mereka tidak sah.

Perjalanan di teruskan ke Jabal Rahmah. Kami diberi masa 20 minit di situ. Mak memang pesan untuk aku naik ke Jabal Rahmah dan berdoa di atas, tapi menurut Ustaz, lebih baik berdoa di depan Kaabah. Yang afdhal berdoa di Jabal Rahmah hanyalah pada 9 Zulhijjah. Tapi kalau nak naik dan tengok panorama saja, tidak mengapa…

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

Perjalanan di teruskan lagi ke Muzdalifah dan seterusnya ke Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira’. Memandang ke jabal Nur, hati terdetik. Bersungguh-sungguh Rasulullah s.a.w memanjat bukit tinggi ini semata-mata hendak melarikan diri dari keadaan huru-hara di Makkah, mencari ketenangan dan berkhalwat di dalam gua. Terkenang juga kegigihan Sayidatina Khadijah, isteri kesayangan baginda yang memanjat bukit tinggi ini demi menghantar makanan untuk suami tercinta.

MasyaAllah, indahnya hubungan cinta antara Rasulullah s.a.w dan Khadijah. Bukti kasih dan cinta seorang isteri kepada suaminya dan bukti cinta sejati Rasulullah s.a.w kepada Allah s.w.t Hati sendiri tertanya-tanya, kalau aku di tempat Khadijah, mampukah aku jadi seperti dia? Subhanallah!

Sebelum pulang ke Makkah, kami ke Tanaim dulu untuk Miqaat umrah ke 2. Bas berhenti di Masjid Sayyidatina Aisyah. Keadaan agak sibuk sewaktu kami tiba. Ada beberapa buah bas yang membawa jemaah umrah yang lain turut berhenti di masjid ini untuk bermiqaat. Kebanyakan jemaah yang kami temui di sini datang dari Malaysia dan Indonesia. Alhamdulillah dapatlah menunaikan solat sunat dan seterusnya bermiqaat dan kembali ke Makkah untuk bersolat zohor dan seterusnya menunaikan ibadah umrah kali ke 2.

**** Kami dapat merasa makan kibas mandy buat kali pertama kerana ada jemaah dalam kumpulan kami membayar nazar. Baru hari pertama berada di Makkah, anak seorang jemaah tiba-tiba ‘terhilang’. Rupa-rupanya dia mengikut ‘abang-abang’ bersolat dan beribadah di Masjidil Haram tanpa memberitahu ibu bapanya. Kasihan ibunya, menangis kerana disangka anak lelakinya sudah hilang. Itu yang bernazar untuk menjamu kami sekiranya anaknya ditemui. Untung kami kerana dapat merasa kibas mandy. Yang lawak, sejak hari itu tiap kali kami akan meninggalkan Makkah, nama anak itu akan dipanggil dahulu untuk memastikan dia ada di dalam bas bersama-sama kami.

Want to add a caption to this image? Click the Settings icon.

#travel #umrah #mekah #madinah #glasgow

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…