MERAH BUNGA KERTAS 8

Share this article

ASMA RENUNG BILIK empat segi. Bilik itu tidaklah besar sangat. Muat sebuah katil bujang, sebuah almari, tempat sidai telekung dan ada ruang untuk solat.

Bilik itu letaknya di sebelah dapur. Macam bilik yang biasanya digunakan untuk pembantu rumah. Tapi, itulah biliknya sepanjang seminggu lebih dia tinggal di rumah dua tingkat empat bilik ini.

Rumah itu sebenarnya serba lengkap. Ruang tamu ada set sofa dan televisyen skrin rata 32 inci. Di ruang makan juga ada set meja makan untuk enam orang. Di dapur yang sudah disambung juga ada set meja makan empat kerusi dan dapur memasak siap dengan hudnya sekali.

Setiap bilik pula disediakan dengan perabot set bilik tidur yang lengkap. Walaupun tidak terlalu mahal, semua perabotnya jenis tahan lama.

Hafiz tidak mensyaratkan dia mengambil bilik tidur bawah sebagai tempat beradu dan berehat. Asma bebas memilih mana-mana bilik yang dia suka… asalkan bukan bilik tidur utama yang lengkap dengan alat penyaman udara.

Tidak! Hafiz tidak pernah kata dia tak bagi Asma ambil atau berkongsi bilik itu dengannya.

Sebab lelaki itu… suaminya tidak mengucapkan demikianlah, Asma langsung meletakkan beg pakaian di bilik tidur kecil sebelah dapur itu.

Hafiz tak perlu kata apa-apa. Asma sudah faham.

Bagi Hafiz, hubungan mereka hanyalah atas ucapan lafaz nikah di hadapan jurunikah dan saksi dan dicap nama di kad kahwin mereka.

Dia tidak melihat perkahwinan itu sebagai menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita. Meramaikan zuriat dan umat Rasulullah Sallallahualaihiwasallam di muka bumi. Apatah lagi, mendalamkan rasa cinta antara suami dan isteri.

Cinta?

Asma senyum hambar. Asma gadis kampung yang sederhana. Tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Sewaktu zaman gadisnya, prinsip dalam bercintanya juga mudah. Bercinta dengan matlamat untuk bernikah.

Tapi apakan daya, dia hanya makhluk kecil ciptaan Allah. Setiap rancangan yang dibuat, Allahlah yang akan tentukan. Takdirnya, dia tidak pernah merasa bercinta pada zaman sekolah.

Apabila usia menginjak matang, Asma masih lagi mentah dalam soal bercinta. Allah masih mahu menjaga akhlaknya supaya tidak leka dalam pelukan dunia. Jadi, pandangan Asma tentang cinta masih tidak berubah.

Dan sekarang dia sudah bernikah, maka cintanya harus ditumpahkan sepenuh jiwa dan raga kepada suaminya. Cuma sayangnya, suaminya awal-awal lagi sudah menolak cintanya, apatah lagi kasih dan sayang yang sudah sedia mahu dia curahkan.

Asma duduk di birai katil. Sejak akhir-akhir ini, hatinya seperti mudah sangat terguris. Dia tidak mahu jadi wanita yang lemah dengan cinta.

Kalau sebelum ini dia berjaya hidup tanpa lelaki di sini, kenapa kali ini hatinya seperti rapuh hanya kerana seorang lelaki menolak dirinya dan awal-awal tidak sudi menerima kasih sayangnya.

Cintakah aku padanya? Kasihkah aku padanya? Sayangkah aku padanya?

Asma lepas pandangan ke luar tingkap. Dia teringatkan Khalida dan Ati. Dua wanita yang bertentangan perwatakannya. Kalau Khalida, sudah pasti dia akan cuba pertahankan cintanya pada lelaki yang dicintai.

Tengok sajalah masa dia bercinta dengan bapa saudaranya sendiri. Waktu dia tidak tahu hubungan darah mereka, dia cuba mempertahankan cinta mereka. Berusaha untuk mengambil hati. Hanya apabila dia dapat tahu hubungan itu tidak mungkin dapat diteruskan, barulah dia mengalah.

Ati pula… ah Ati! Asma tak mahu pula jadi seperti Ati. Gadis berhati beku yang memang tidak mahu jatuh cinta dengan lelaki. Kisah silam Ati yang jadikan hati Ati sekeras batu.

Asma tidak mahu zalim terhadap dirinya sendiri. Tapi dia tidak sekuat Khalida memburu cinta ataupun Ati menolak cinta.

Asma seka air mata yang jatuh. Sekarang ini dia tidak ada pilihan lain lagi. Dia tak boleh jadi Asma yang lemah. Sekiranya sudah takdirnya begini, dia akan belajar untuk reda dengan ketentuan Ilahi.

Namun, dia tidak akan mengaku kalah. Sekiranya dia yang sekarang ini tidak mampu menarik hati suami, maka dia bersedia berubah untuk menjadi dia yang baru.

Asma rela belajar untuk perbaiki diri sendiri. Mungkin dengan cara itu akan terbuka hati sang suami untuk menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah zahir dan batin untuk dia, isterinya yang sah.

Asma tarik nafas dalam-dalam.

– Bersambung –

Bahagian 9

#merahbungakertas #novelcinta #cinta #khairynothman #jemariseni

You might also enjoy

以太老店[V:halchiou]虚拟币代付坊代付代购代买代转

【火币-App下载】50%+邀请码emqr6223【抹茶MEXC-App下载】70%+邀请码1Z1F7【唯客-App下载】70%+邀请码ebdl【热币Hotcoin-App下载】70%+优惠注册从方式上看,AIGC的跨文字、图像、视频和3D的多模态加工是热点。吴恩达(AndrewNg)认为多模态是2021年AI的最重要趋势,AI模型在发现文本与图像间关系中取得了显著进步,如OPEN

Bitget交易所苹【薇信37378〇805】返利注册 http://bex.ink果下载app

【抹茶MEXC-App下载】70%+邀请码1Z1F7【币安binance-App下载】30%+邀请码GZJGYPRX【Hotcoin-App下载】70%+优惠注册【MEXC-App下载】70%+邀请码1Z1F7Pico商店付费榜单,已经有一些证据表明模型中存在这种突发行为。,当调用ChatGPT模型的能力不再是门槛,对于场景赛道的理解、商业模式的构建能

GUSD兑换支付宝 Free 今年《WeChat:halchiou》专业代付 Online

【抹茶MEXC-App下载】70%+邀请码1Z1F7【热币Hotcoin-App下载】70%+优惠注册【Huobi-App下载】50%+邀请码emqr6223【MEXC-App下载】70%+邀请码1Z1F7在报告中,OpenAI提到了GPT-4出现了“寻求权力”的倾向,并警告这一特征的风险:,尽管如此,Worldcoin仍然试图筹集更多资金以推进其计划。有

泰达币今年[WeChat:halchiou]比特币代付代转靠谱商家

【唯客-App下载】70%+优惠注册【热币Hotcoin-App下载】70%+优惠注册【欧易OKX-App下载】40%+优惠注册【BIKA币咔-App下载】70%+邀请码VVQT1B火必大舉進軍香港,孫宇晨曾在接受彭博社采訪時做出解釋,香港是“加密貨幣發展的試驗區之一”,火必將繼續擴大其在香港的業務。擴大在香港的業務

20usdt返傭卡有什麼用 香港 AscendEX 【薇信37378〇805】返手续费2024 Aug http://bex.ink 頂峰

【热币Hotcoin-App下载】70%+邀请码A13e92af1【币安binance-App下载】30%+邀请码GZJGYPRX【特比特Tbit-App下载】70%+邀请码jvJaNuvFCr【BKEX-App下载】70%+邀请码YRSC1BQF基本上,如果是國內銀行匯款,同個銀行之間不需要手續費,而跨行則有手續費;國際匯款則是比照上文法幣充值的手續費。,“大多数中心化交易所承担着交易和