MERAH BUNGA DAHLIA 7

Share this article

KADANG-KADANG ATI terfikir, boleh tak dia buat drama Melayu tengah jalan macam ni?

Jerit-jerit supaya berhenti kereta tepi jalan, lepas tu bergaduh, sampai semua pemandu yang lalu jalan tu, tengok. Agak-agak akan menjadi tak lakonan dia tu? Boleh menang anugerah tak?

Tapi, Ati dengan Jack tak ada pun gaduh-gaduh dalam kereta. Bukan takat gaduh, berbual pun sikit-sikit aje. Selalunya memang Jack yang akan ajak berbual, tapi Ati kadang-kadang malu hendak membalas borak.

Ati tak tahu nak buka topik apa. Rasa janggal pun ada. Nak buka cerita waktu di kampus pun Ati tak tahu kerana masa dulu Ati bukannya rapat dengan sesiapa, kecuali Linda. Dan Ati juga bukan dalam golongan kawan-kawan Jack. Hanya sekali saja mereka pernah beriadah bersama, itu pun bukan satu memori yang indah atau kelakar.

Selalunya Ati akan bicara soal kerja-kerja hiasan dalaman rumah Jack, tapi bila sudah habis cerita, Ati tak tahu nak mulakan topik baru.

Macam sekarang ni. Ati banyak pandang ke kiri saja. Habis semua bangunan dan pokok-pokok di sebelah kiri ditilik dan dikira. Nak pandang depan, dia jadi malu. Tambah-tambah lagilah hendak pandang ke kanan dan pandang muka Jack! Bertambah malu dibuatnya.

Itulah siapa sangka. Dalam “sombong” pun Ati sebenarnya pemalu. Sangat-sangat pemalu. Jangankan nak ada kekasih, nak berkawan pun Ati sebenarnya malu. Itulah, kawan-kawan lelaki Ati tu cuma tauke dengan anak-anak buahnya yang dari Bangladesh dan Indonesia.

Kalau bercakap dengan pelanggan, Ati biasanya tegas dan monotoni. Ati akan kekalkan hubungan secara profesional. Tapi, dengan Jack, Ati tak dapat nak buat macam tu. Jack sentiasa ada idea untuk buat lawak, untuk buat hubungan mereka macam kawan-kawan.

Itu yang buat Ati rasa lebih bersalah lagi. Kasihan Jack, Ati selalu rasa bila dengan Jack, Ati ini seorang yang kurang ajar. Jack sebenarnya sangat baik, cuma Ati saja yang keras. Degil. Tak bertempat.

Ati larikan matanya ke sebuah pokok Angsana yang lebat daunnya. Seketika pokok itu menghilang, digantikan dengan pohon Angsana yang lain. Deretan pohon-pohon Angsana itu meredupkan sepanjang laluan mereka.

Kata peribahasa Melayu; kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang. Macam itulah hidup Ati. Ibarat sebatang pokok Kara yang tegak berdiri di tengah-tengah belantara. Tapi pokok Kara ini tidaklah berdaun lebat tapi selalu bergoyang. Daun-daun yang tinggal tergantung di batang-batang halus, selalu gugur. Satu demi satu, menyembah bumi.

Bukan mudah hendak membaja pohon Kara ini. Hanya semangat, usaha dan tawakal saja yang menjadi bekal hidupnya. Memohon supaya ada putik-putik daun baharu yang dapat menggantikan daun-daun yang telah hilang.

Agaknya kalau dia berikan analogi ini untuk menerangkan tentang hidupnya pada Jack, dia faham tak?

Baik, Ati akan beri analogi yang lain pula. Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Ati adalah burung pipit itu dan Jack seperti enggang. Tak sama, kan?

Macam juga cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, cerita Antara Dua Darjat yang masih malar segar sampai sekarang.

Memang, Memang Ati pesimis. Ati terlalu rendah diri. Tapi, Ati cuma rendah diri bila masuk bab-bab kasih sayang dan cinta. Ati memang tidak yakin dengan cinta dunia kerana pengalaman telah mengajar Ati untuk hanya menagih cinta Akhirat.

Kalau Ati tidak akan ada jodoh di dunia, Ati memang sudah reda. Malah kadang-kadang dalam diam dia mohon Allah tidak beri dia jodoh di dunia. Pelik Ati kan? Orang lain beria-ia mencari cinta lelaki, dia pula mahu menolak.

Tapi itulah, situasi Ati memang berbeza walaupun sebenarnya fitrah dia seperti gadis-gadis yang lain. Perasaan ingin bercinta memang dia sudah cantas sebelum sempat bertunas kerana bercinta akan menyulitkan lagi keadaan.

Ati memang sudah keraskan hati. Dari dulu lagi. Dari hari yang paling bersejarah dalam hidup Ati dulu. Hari yang buatkan Ati rasa dia tidak perlu bercinta, dia sebenarnya takut untuk buka hatinya kepada lelaki.

Orang kata, sekali terhantuk baru nak mengadah. Kalau sudah terhantuk pasti sakitnya akan terasa.

– Bersambung –

Bahagian 8

#merahbungadahlia #novelcinta #cinta #novel #khairynothman #atidanjack

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…