KELAM-KABUT TAK ADA TIKET

Share this article

Ahad: 27 Februari 2022

n

SEBELUM SUBUH DAH keluar apartmen, tinggalkan kunci pintu dan heret beg masing-masing untuk ke stesen Hilal. Jam 5.15 dah ada di platform tunggu Metro untuk ke stesen kereta api.

nn

Semalam staf di stesen beritahu, memang metro beroperasi 24 jam tapi kalau dah lepas tengah malam biasanya tren akan datang setiap setengah jam atau satu jam. Jadi kami ambil masa selamat, kena pastikan 5.30am dah ada di platform.

Memang sungguh, tepat jam 5.30am tu tren dah datang dan gerabak tu kosong, cuma kami dua orang aje nak ke Basmane. Tiba di stesen Basmane tu, tarik beg keluar untuk ke stesen kereta api utama. Rupanya stesen tak buka lagi. Stesen buka tepat jam 6 pagi. Tunggulah kami berdua dengan beberapa orang lain yang nak ambil kereta api awal pagi ke destinasi masing-masing.

nn

Selepas tunaikan solat Subuh, kami dah sedia nak naik tren. Tren kami akan berlepas ke Eskişehir jam 6.50am nanti. Perjalanan ke Eskisehir akan ambil masa 10 jam dan kami pun dapat gerabak yang terakhir. Gerabaknya okey dan ada tempat letak beg di bahagian atas.

nn

Kenapa ke Eskişehir?

nn

Sebab kami nak balik ke Istanbul untuk ambil penerbangan ke Eropah pada 2 Julai nanti. Cadangnya nak ambil sleeper train untuk ke Istanbul, tapi semua tiket dah habis. Pilihan terakhir memang tiket kereta api ke Eskişehir dan dari situ kena cari pengangkutan lain pula ke Istanbul. Nak tak nak memang kena ambil tren ke Eskişehir dulu. Kalau dapat tiket ke Istanbul hari ni juga, memang aku akan beli. Kalau tak memang kena tidur semalaman di Eskişehir dan cari pengangkutan selanjutnya ke Istanbul. Hotel di Istanbul pun sebenarnya dah tempah mula 29 Februari. So masih boleh kalau terpaksa bermalam di Eskişehir.

Enjoy juga naik tren ke Eskişehir. Sebab kami beli tiket tren Standard TCDD jadi memang kereta api ni banyak berhenti. Dari bandar sampai ke ladang pun ada stesen kereta api, ambil penumpang. Aku dah tak ingat berapa stesen kereta api ni berhenti. Tapi tak silap ada 30 lebih stesen dia lalu dan berhenti lama sikit di stesen utama macam Manisa, Soma, Balikasir dan Kütahya sebelum sampai ke Eskişehir.

nn

Aku rindu naik kereta api. Pemandangan kalau naik kereta api memang sangat menarik bagi aku berbanding naik bas ataupun kapal terbang. Kalau naik bas, cuma nampak highway aje kan, tapi kalau naik kereta api, dia akan melalui ladang-ladang, lembah, bukit, hutan dan padang. Pemandangan berubah dari bandar besar ke kampung, masuk balik bandar kemudian di kawasan pergunungan. Walaupun perjalanan sampai 10 jam, taklah terasa penat sangat sebab mata kau akan pandang ke luar tingkap aje.

https://video.wixstatic.com/video/d6a2ae_7f4ef9640ef04abb856739728c9a3659/1080p/mp4/file.mp4

Lagi best masa dah dekat nak sampai ke Eskişehir tu, kereta api melalui satu kawasan luas dengan bentuk batu batan yang pelik-pelik. Aku tak adalah buat research kawasan ni sebab tak ada termasuk dalam senarai tempat yang kami akan lawati di Istanbul. Bentuk batuan memang menarik dan unik.

nn

Kalau di Cappadocia tu bentuk batu-batu dikenali sebagai fairy chimneys kat sini batuan ni sebenarnya penempatan yang dikenali sebagai Lembah Phrygia. Tapi kami tak sempat nak ambil gambar sebab dah rasa tak sabar nak sampai Eskişehir dan nak cari tiket ke Istanbul pula.

nn

Stesen Eskişehir ni memang besar sebab ia salah satu stesen kereta api utama yang menghubungkan antara Istanbul dan Ankara. Turun aje aku terus cari kaunter tiket, nak tanya kalau ada lagi tiket kereta api ke Istanbul, sama ada hari ni atau pun esok. Tak kiralah jam berapa sekalipun dan tempat tidur atau duduk.

nn

Malang betul, memang tak ada satu tiket pun yang tinggal. Staf kat kaunter tu sampai buat sign potong leher mengatakan dah tak ada tiket untuk ke Istanbul. Makanya kami memang tak ada pilihan selain daripada cari bas. Apa lagi buka obilet.com dan cari bas apa yang ada ke Istanbul. Memang untuk hari ni semua licin, maka tak ada pilihan beli untuk esok jam 11.30 pagi. Perjalanan esok dari stesen bas (otogari) Eskişehir ke Atasehir Dudullu Terminali. Perjalanan dijangka dalam lima jam.

Lepas tempah tiket bas, aku buka pula apps Hotels.com nak cari hotel di sini. Nampak Ibis untuk satu malam cuma RM100 tapi ada lagi satu hotel, pun macam boleh tahan, The Corner Inn, kalau diikutkan tak berapa jauh juga dari stesen kereta api ni. Harganya pun RM70 satu malam. Bila tanya Atok, dia kata okey aje. Maka terus booking dan bermulalah siri menarik beg masing-masing cari jalan ke hotel.

nn

Dalam perjalanan ke hotel, nampaklah Hotel Ibis. Wallah dekat sangat dengan stesen kereta api, kenapalah tak book aje kat situ. Seberang jalan tu pula ada Mall. Cis! Sebab nak jimatkan RM30 kena tarik beg jalan kaki lagi semata-mata nak jimat RM30 punya pasal.

nn

Bandar Eskişehir ni kira sibuk juga, tapi tak sesibuk Ankara atau Izmir dan sudah tentu bukan macam Istanbul. Ada juga servis tram tapi kami tak naklah mencuba, nanti asyik mengutip transport card aje. Lagipun laluan tram tak ada dekat dengan hotel kami menginap.

Sebelum sampai ke hotel, singgah di kedai beli kebab dulu. Sementara tunggu kebab masuk pula mini market beli jajan untuk malam ni dengan esok dalam bas. Yelah, 5 jam nak sampaikan ke Istanbul. Nanti sampai Istanbul pun tak tahu dapat makan ke tak, sebab mesti dah malam. Menarik juga kebab kat sini sebab dalam salad yang diberi diselit juga dua biji cili burung Dapatlah merasa pedas sikit. Macam biasa portion kebab dia pun besar, jadi satu makan berdua, boleh simpan satu lagi untuk sarapan pagi esok.

nn

Keesokan paginya, kami dah siap-siap nak tinggalkan hotel. Jam 10 kami dah sedia turun buat urusan check out dan minta hotel panggilkan teksi untuk ke otogari. Alhamdulillah pagi Isnin 28 Februari 2022, mudah juga nak dapatkan teksi. Perjalanan ke otogari tak lama dan tambang teksi pun cuma TLR33 saja.

Stesen bas Eskişehir ni pun besar juga. Ada stesen tram di depannya. Kami ada dalam satu jam lebih di sini sementara nak tunggu bas Kamilkoc untuk ke Istanbul tiba. Di tengah-tengah stesen ni ada cafe untuk penumpang makan dan minum sementara tunggu bas. Kamilkoc pun ada cafe sendiri dekat dengan stands dorang. Jadi kalau penumpang Kamilkoc nak lepak di dalam sambil tunggu bas, sesuai sangat. Di bahagian luar pun ada kawasan khas untuk orang yang nak merokok sambil makan dan minum. Prihatin sungguh!

n

Malangnya kat sini kalau nak minum kopi kena beli instant coffee aje. Tak ada jual kopi Americano ke Latte ke atau Cappuccino. Terima ajelah minum kopi instan ni. Kalau nak makan ringan ada juga roti atau pun roti Simic kat sini. Aku beli air mineral aje dan coklat buat bekal naik bas ke Istanbul.

nn

Tepat jam 11.30am, bas bergerak ke Istanbul dalam renyai yang semakin lebat. Sebelum naik bas, kami dah siap-siap pergi toilet dan alhamdulillah sepanjang perjalanan perut dan pundi tak ada buat hal. Semua lancar. Cuma dalam bas ke Istanbul tu adalah drama orang Turki ni. Ada yang tak puas hati orang depan baringkan seat sampai orang belakang kompelin sempit. Steward yang ada pun tak dapat membantu . Kemudian pula kapel gay lelaki kat depan kami ni pula perasan ingat kami dok mengata dorang. Padahal kami ni cerita pasal terowonglah, pasal sungailah kesian pulak aku tengok.

n

n

Jam 5 petang kami tiba di Atasehir Dudullu Terminali. Sebenarnya stesen bas ni kecil dan kami pun dah tak tahu nak ambil bas ke mana lagi sebab destinasi seterusnya kami perlu ke Pendik, Istanbul.

nn

Maka, kami buat keputusan ambil teksi ke stesen Metro. Aku cuma beritahu pemandu teksi kami perlu ke Pendik. Pemandu yang baik bawa kami ke stesen Kozyatağı Metro. Katanya dari situ kami boleh turun di Pendik Istasyonu.

nn

Alhamdulillah lepas berjaya beli tiket metro, naik turun tren, akhirnya kami berjaya tiba di stesen Pendik. Lagi sekali kami ambil teksi ke penginapan terakhir di Turkey, Best Hotel Pendik – Ankara Caddesi 261/9005, 34906 Istanbul, Turkey, sebab dah malam. Untuk dua malam di sini, cajnya RM266.

Tiba di hotel kami terus buat appointment untuk dapatkan servis swab test di hotel saja. Mulanya dia mintak TLR500 untuk dua orang tapi lepas bincang, berjaya turunkan TLR400. Walaupun ada yang kata masih mahal, bagi kami ini pun dah boleh sebab kami dah penat dan sekurang-kurangnya wakil akan datang ke bilik untuk buat swab test.

n

Malam tu kami keluar kononnya nak cari makan tapi tak ada kedai murah yang buka. Walaupun hotel ni seronok sebab baru dan biliknya luas, tapi tulah segala kedai makannya jauh la pula. Nasib ada stesen petrol berdepan dengan hotel, jadi beli ajelah kudap-kudapan untuk alas perut malam ni.

nn

Esok juga sementara tunggu wakil datang buat swab test aku nak mendobi. Biar baju bersih sebelum meninggalkan Turkiye. Malam ni kita doa ketat-ketat supaya keputusan swab test nanti negatif.

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Isnin: 14 Mac 2022 TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…