BYE HULL, SAMPAI KETEMU LAGI

Share this article

Isnin: 14 Mac 2022

n

TIBA MASA KAMI tinggalkan bandar York benetton online saldi geox abbigliamento donna saldi benetton saldi donna benetton saldi donna geox outlet online tata online benetton sito ufficiale custom sublimated hockey jerseys 2 geox outlet donna saldi geox scarpe geox outlet online negozi tata geox abbigliamento donna saldi spaccio geox benetton outlet online shop dan pasangan yang dah jadi keluarga angkat aku. Hari ni kami akan ke Glasgow pula. Tempat aku menimba ilmu selama 5 tahun. Inilah tempat jatuh bangun, menangis berbaldi-baldi. Ketawa sampai keluar air mata berbucket-bucket juga. Tempat aku berserah sungguh-sungguh pada Qada dan Qadar Allah.

n

n

Dari Hull, kami naik bas National Express untuk ke Glasgow. Itu saja pengangkutan awam yang mampu milik dan reliable. Untuk perjalanan sehala dari Hull ke Glasgow berdua, aku bayar £35.00. Tak ada bas yang akan terus sampai ke Glasgow. Kami akan berhenti di Leeds dan Newcastle sebelum Glasgow.

nn

Bas bertolak dari Stesen Bas Hull jam 7.10am dan berhenti di Leeds Coach Station di Dyer Street jam 12.15pm. Di Leeds kami tunggu hingga jam 2.30pm untuk bas ke Newcastle pula. Dari stesen St James Boulevard Newcastle, bas akan ke Glasgow jam 4.10pm. Tiba di Buchanan Bus Station, Glasgow jam 8.10pm.

nn

Memang panjang perjalanan kami hari ni tapi Alhamdulillah, semuanya selamat. Aku bimbang sebab kami bawa dua beg troli dan 2 beg pack. Alhamdulillah juga driver beri kebenaran bagpack kami diletak di bahagian bagasi di bawah sebab saiz beg troli kami tu sederhana. Dan dua beg sederhana besar dibenarkan dalam tempat bagasi di bawah untuk setiap penumpang. Kalau tak, memang kena bayar untuk extra beg.

nn

Sampai aje di Buchanan Bus Station, kami mula menarik beg ke hotel kami di Glasgow. Di sini aku tempah bilik di Ibis di Sauchiehall Street. Alhamdulillah tahu juga walau terkial-kial nak cari Sauchiehall Street ni. Dah lama kan… lebih 10 tahun tinggalkan Glasgow.

nn

Sebelum ke Sauchiehall, kami singgah di Sainsbury untuk beli makan malam. Esok misi menjejaki tempat bermain dan menimba ilmu. Untuk malam ni belilah air mineral, sandwich dengan susu. Kat UK memang aku akan cari meal deal aje, sandwich + drink + crisps. Cukuplah untuk alas perut.

nn

Untuk Ibis Hotel ni aku dapat deal dari Hotels.com dan untuk 4 malam, aku bayar RM558.85. Aku rasa puas hati juga dengan biliknya sebab selesa. Ada ruang untuk solat juga jadi tak adalah bersempit-sempit. Atok pula puas hati sebab ada pack untuk kudap. Kopi dan teh siap dengan susu dan biskut. Kira ini penginapan yang paling best di UK setakat ini.

Ibis Glasgow City Centre - Sauchiehall Street  

n

220 West Regent Street Glasgow G2 4DQ

Lepas mandi, solat dan jama’ solat yang ditinggalkan tadi, aku dah pengsan dah. Atok masih lagi cari movies kat TV, tapi tak lama dia pun dah ke dreamland.

nn

nn

You might also enjoy

KE DUBLIN

Isnin lepas, saya mengendeng ikut ‘housemate’ pergi ke menyeberang laut

DESTINASI TERAKHIR: MANCHESTER

Jumaat: 18 Mac 2022 HARI NI KAMI tinggalkan Glasgow dan mulakan perjalanan ke Manchester pula. Ini bandar terakhir kami di UK sebelum…

DUNEDIN, IBU KOTA SCOTLAND

Rabu: 16 Mac 2022 BAS KAMI KE Edinburgh bertolak jam 9.40 pagi. Awal pagi kami dah ke Buchanan Bus Station untuk naik bas ke ibu kota…

HELLO GLASGOW!

Selasa: 15 Mac 2022 INILAH TEMPAT JATUH bangun selama 5 tahun. Banyak kenangan pahit manis di sini. Bandar yang menyatukan kami yang ke…

KOTA DI BALIK TEMBOK

Sunday: 13 Mac 2022 HARI NI KAMI ke York pula. Asalnya nak cari carboot tapi memandangkan masih lagi dalam bulan musim sejuk, belum ada…

KNARESBOROUGH PEKAN FAIRY TALE

Sabtu: 12 Mac 2022 HARI NI KAMI ke Knaresborough. Tempat ni lebih kurang 70 batu jauhnya dari Hull. Jadi, pagi lepas sarapan, kami pun…

PERJALANAN KE HULL

Jumaat: 11 Mac 2022 JAM 6AM, KAMI dah sedia nak keluar heret beg ke stesen kereta api King Cross. Pembantu hotel kata, tak perlu buat…

JALAN-JALAN KOTA LONDON

Khamis: 10 Mac 2022 MEMANG SENGAJA TAK lama di Kota London (KL). Bagi aku tak ada apa sangat di sini walaupun banyak tempat-tempat…