99 CAHAYA CINTA

Share this article

MENONTON 99 CAHAYA di Langit Eropa di saluran Oasis (106) yang merupakan adaptasi novel tempoh hari, membawa aku kembali kepada hari-hari ketika aku berada beribu batu jauhnya dari tanah air. Cerita-cerita yang dipaparkan dalam filem itu, memang sangat dekat di hati.

99 Cahaya di Langit Eropa adalah kisah benar kehidupan Hanum Salsabiela Rais (dilakonkan oleh Acha Septriasa) seorang wartawan yang mengikuti suaminya Rangga Alhmahendra (Abimana Aryasatya) ke Vienna, Austria yang meneruskan pengajian PhD-nya di sana.

Awal-awal berada di negara asing membuatkan Hanum bosan. Budaya dan masalah bahasa menjadikan Hanum kekok untuk mendekati penduduk tempatan, sehinggalah satu hari beliau membuat keputusan untuk menyertai kelas belajar bahasa Jerman-Austria.

Ketika di kelas Hanum berkawan dengan Fatma Pasha, seorang warga Turki yang tinggal di Vienna. Hanum kemudian rapat dengan anak Fatma, Ayse (Aishah) yang keletah. Persahabatan yang memberi kesan mendalam kepada Hanum. Daripada mereka Hanum mengenali sejarah Islam di Eropah dengan lebih jelas.

Rasa ingin tahu Hanum mengenai Islam membawa beliau ke Paris, Perancis dan bertemu dengan sahabat baharu, Marion Latimer yang diperkenalkan oleh Fatma. Pembacaan seterusnya membawa mereka ke Cordoba, Sepanyol dan akhirnya bertemu kembali dengan Fatma di Istanbul, Turki di mana persoalan mengenai keadaan kesihatan Ayse akhirnya diketahui.
Antara babak yang saya suka dalam filem ini adalah saat kedua-dua mereka berada di Paris dan Rangga membawa isterinya Hanum ke Eiffel Tower untuk menikmati pemandangan kota metropolitan itu. Saat tiba waktu Maghrib, tiba-tiba sahaja, Rangga terus melantunkan azan di sudut menara.

Kasih sayang antara kedua-duanya juga sangat manis. Hidup sebagai suami isteri memerlukan pengertian yang tinggi dan juga pengorbanan, apatah lagi berada di tempat yang jauh dari keluarga dan rakan. Salah faham menyebabkan Hanum kecewa dengan Rangga tetapi kasih sayang yang menebal antara keduanya akhirnya menjernihkan situasi. Best!

Filem ini turut menyentuh masalah biasa yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Eropah. Mungkin kita menganggap bahawa peradaban Eropah itu tinggi di mana mereka memandang setiap individu itu setaraf.

Namun, realitinya segelintir mereka tidak pandai menyembunyikan pandangan rasis dan memandang hijab yang dikenakan oleh wanita Islam sebagai pendatang yang hanya menyusahkan negara mereka. Mereka yang bangga dengan ketinggian adab dan budaya sendiri kadang kala sukar menerima budaya yang begitu asing kepada mereka. Apatah lagi menyentuh soal agama.

Persoalan lain yang disentuh dalam filem keluaran Maxima Pictures pada akhir 2013 ini adalah dilema pelajar Islam. Contohnya antara tanggungjawab belajar dengan tanggungjawab kepada Tuhan, yang mana perlu didahulukan? Apakah tiada tolak ansur antara keduanya?

Sedang sahabat Rangga, si Khan begitu kukuh dengan pendirian bahawa Tuhan yang mesti didahulukan dalam semua aspek (tidak hadir langsung dalam ujian kerana bertembung dengan jadual solat Jumaat), Rangga cuba mencari jalan tengah. Adakah iman Rangga senipis kulit bawang hanya kerana beliau mahu mencari keseimbangan antara duniawi dan akhirat?

Isu toleransi ini yang ditekankan dalam 99 Cahaya di Langit Eropa. Bagaimana umat Islam itu perlu menonjolkan bahawa Islam itu agama yang lembut, penuh kasih sayang, agama yang memahami tuntutan duniawi dan mementingkan hubungan sesama manusia.

Khan seorang siswazah dari Pakistan, digelar CurryMan, kerana beliau sering membawa bekal kari ke universiti dan memanaskan makanan dalam ketuhar gelombang di pantri. Stefan, sahabat yang sama-sama menjalankan penyelidikan PhD tidak menyenangi bau kari lalu kedua-duanya sering bertengkar. Khan menggelarkan Stefan sebagai PigMan kerana dia gemarkan daging babi.

Pertembungan agama yang berbeza dan budaya asing sebenarnya dapat diselesaikan sekiranya masing-masing mahu memahami antara satu sama lain. Sebenarnya, bagi Khan, kari adalah makanan halal yang paling murah yang boleh dimakan, begitu juga dengan Stefan yang memilih daging babi kerana ia adalah daging paling murah yang boleh dinikmati oleh pelajar sepertinya.

Tidak terkecuali kepada Rangga, di mana ikan kering yang sudah menjadi lauk biasa baginya. Tiga budaya, dua agama tetapi pemilihan makanan didasari oleh kemampuan mereka yang terbatas sebagai pelajar.

Jadi bagi aku, menonton 99 Cahaya di Langit Eropa seperti membuka helaian-helaian memori ketika menjadi pelajar di Glasgow, United Kingdom circa 2006-2011 yang lalu. Walaupun tidak mempunyai masalah bahasa seperti Rangga dan Hanum, namun tetap dapat memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Mungkin kami bernasib baik kerana bangunan universiti agak dekat dengan masjid SUMSA (Strathclyde University Muslim Students Association), namun ada masa-masanya terpaksa juga membentang jaket untuk bersolat di sudut bilik komputer atau di balik tiang.

Seperti filem berkenaan, minda aku menjadi lebih terbuka dalam mentafsir peribadi seorang Muslim. Agama ini sebenarnya bersifat terbuka, lembut dan menyayangi. Bertentangan sekali dengan peribadi pengganas yang tidak berperi kemanusiaan.

Bukanlah Islam itu bersifat lemah, hanya setiap jalinan persahabatan perlu dimulakan dengan lembut, berkasih sayang dan tanpa prejudis, namun sekiranya persahabatan yang dihulurkan dibalas tuba, maka tindakan yang diambil perlu setimpal.

#99cahayadilangiteropah #reviewfilem #moviereview #rangga #indonesia #vienna #wien #austria #backpacking #backpacker #ladybackpacker #femalebackpacker #europe #travel #salzburg

You might also enjoy

Bit10年店{V:halchiou}BTC代付 coin代付代购代充代转

【唯客WEEX-App下载】70%+优惠注册【抹茶-App下载】70%+邀请码1Z1F7【欧易OKX-App下载】40%+优惠注册【Huobi-App下载】50%+邀请码emqr6223考虑到竞争格局和大型模型(如GPT-4)的安全影响,本报告没有包含有关架构(包括模型大小)、硬件、训练计算、数据集构造、训练方法或类似内容的进一步细节。

DASH兑换CNY 今日汇老字号《V:halchiou》Bitcoin代付率

【唯客-App下载】70%+优惠注册【币客BKEX-App下载】70%+邀请码YRSC1BQF【欧易-App下载】40%+优惠注册【火币-App下载】50%+邀请码emqr6223以下为本文目录,建议结合要点进行针对性阅读。,但与创新相伴相生的往往还有潜在的风险:AI需要大量数据进行模型训练和优化,这也不可避免地引发人们对于数据隐私问题的担忧。

BTC/人民币 Free 老字号【V:halchiou】Bitcoin代付 Online

【币安binance-App下载】30%+邀请码GZJGYPRX【火币-App下载】50%+优惠注册【Bitget-App下载】邀请码1il270%+优惠注册【WEEX-App下载】70%+邀请码ebdl综合多个第三方机构的统计,目前,国内AIGC领域的项目数量在30个以内,主要集中在聊天咨询、文案策划、图像创作、音乐生成、视频制作以及游戏等应用领域。,回看危機源頭,幣

Binance币安钱包小10年店[薇halchiou]Bitcoin代付额代付网站

【火币-代理】50%+返佣【欧易-代理】40%+返佣【BKEX-代理】70%+返佣【火币-代理】50%+返佣02|多簽錢包的優點/應用場景?,蒋梦初认为,币安如果倒闭,整个行业的中心化加密交易所资金都会出现大量净流出状态。这一情况已经在FTX倒闭时发生过,当时Coinbase、Huobi、Kucoin的资金都开始向外流出。对于中心化交易所而言,如果币安倒闭,将

CNY/DAI 2024 Aug《V:halchiou》BTC代付 Rates

【WEEX-App下载】70%+优惠注册【MEXC-App下载】70%+邀请码1Z1F7【抹茶-App下载】70%+邀请码1Z1F7【OKEX-App下载】40%+邀请码38994898在官方的示例中,GPT-4.0可以10秒钟编写网站代码,可以编写剧本、计算物理题、速读专业论文、分析

DASH兑换WeChatPay 10年店《V:halchiou》贝宝Paypal代付 Exchangers

【Hotcoin-App下载】70%+优惠注册【BIKA币咔-App下载】70%+邀请码VVQT1B【WEEX-App下载】70%+优惠注册【抹茶MEXC-App下载】70%+邀请码1Z1F7摩根士丹利主导该项目的分析、数据与创新主管McMillan表示,目前已经使用GPT-4技术将所有智库内容转化为更易于使用和操作格式;该行此前一直在用300名顾问测试这款工具,并计划在